Xiao Yu De Ai ( Cinta Si Ikan Kecil)

“… dan dalam penciptaan langit dan bumi, kejadian siang dan malam, ada tanda2 bagi orang yang berfikir, yakni mereka yang mengingati ALLAH dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring, Ya ALLAH tidak kau jadikan segala ini sia-sia, maha suciMU Ya Allah, maka jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu..…”
( Ali-Imran : 190-191 )

Ana sering melihat ikan-ikan dalam akuarium rumah ana dulu, kadang2 ana rasa kagum sekali dengan ikan-ikan kecil, malah ia mengingatkan ana pada keyakinan yang sangat tinggi pada Khaliq! Keyakinan yg bagaimana ya??


Begini, bila ibu ikan melepaskan telur-telurnya, ibu ikan itu lansung tidak akan menjaga telur2 itu seperti ibu-ibu kita membelai dan mengasuh kita dari kecil hingga dewasa.., sebaliknya ibu ikan yakin telur2 ikan itu akan selamat cukup hanya dengan jagaan ALLAH, tuhan sekalian alam.. Dan selepas menetas, ikan kecil sekali lagi dibiarkan bebas mencari makanan sendiri, malah mampu berenang tanpa menghadiri kelas renang!subhanallah...

Setiap kali ana melihat ikan-ikan kecil dalam akuarium, ana sering bertanya, tidak pernahkan ikan kecil itu rasa rindu pada keluarganya ??? Bagaimana pula manifestasi rindu seekor ikan kecil??? Kalau ana lepaskan, dapat ke ikan kecil mengenali ibu ikan, lagipun semua ikan muka sama, camne ikan kecil nak kenal ibu dia??

Jawapannya, Wallahu a’lam, Allahu Rabbul Alam..Hanya ALLAH yang maha mengetahui, pernahkah sahabat-sahabat terfikir, betapa luasnya alam ini, namun perkara sekecil ini pun manusia gagal memikirkannya..bagaimana ulat dalam batu boleh hidup? lihat bayi yang keluar dari rahim seorang ibu, bagaimana agaknya bayi sebesar itu boleh berada dalam perut ibu yang kecil? kemudian cuba bayangkan jika kita hidup dalam dunia yang dipenuhi gergasi, bagaimanakah kita dapat hidup dengan selamat seperti mana semut yang kecil hidup dalam dunia manusia? siapakah pula yang bagitahu matahari supaya terbenam tepat pada masanya???

Subhanallah…betapa dalamnya pengetahuanMu Ya Allah..sungguh, aku hanya seorang hamba yang kerdil..aku hanyalah “ikan kecil” yang menumpang dan berenang di bumiMu yang maha luas ini, maha suci engkau Ya Allah, tidaklah kau jadikan segalanya ini dengan sia2, maka jauhkanlah aku dari azab api nerakaMu…
Salam dakwah with love !!

Baca Selengkapnya ��

Wo Shi Xiao Yu ( Ana, Si Ikan Kecil )

Assalamualaikum..

Sebab ramai sangat yang bertanya, kali ni biarlah ana citer kan sket sejarah nama ‘xiao yu’ ni.

Perkataan, Xiao Yu adalah gabungan 2 perkataan mandarin yang bermaksud ‘ikan kecil’ ( good guess Adry!!) , kalau tak silap, dalam tradisi cina, ‘Yu’ atau ikan adalah symbol ‘nakal, berdikari dan bebas’, manakala ‘Xiao’ atau kecil sering digunakan sebagai panggilan kepada budak kecil dan panggilan manja dalam keluarga.


So memandangkan ana memang agak kecil dari segi fizikal maka ana gunakan perkataan Xiao dan digabungkan dengan perkataan ‘Yu’ sebab sejak dari kecil ana memang budak nakal yang suka bebas dan tak suka duduk diam. ( copy paste kate2 umi semalam..hehehe)

Ana memang tekejut bila ada seorang teman bagitau, pernah ada cerita lama kantonis yang menggunakan nama ‘Xiao Yu’, meh la ana citer sket..

Kisahnya, tentang seorang budak kecil yang tiada ibu dan ayah, dia merayau2 di kampung dan suka buat nakal..orang2 kampung memang tak suka dengan Xiao Yu dan memanggilnya ‘Sow Chai’ @ budak jahat! Tapi akhirnya ‘Xiao Yu’ mati dibunuh perompak ketika cuba menyelamatkan penduduk kampungnya. Ketika tengah nazak atas pangkuan ketua kampong yg ala2 ‘macho man’, Xiao Yu pn bagitau, yang dia sebenarnya sunyi sebab tak de mak ayah, jadi dia suka kacau orang kampong ( mejoritinya orang2 tua yang ditinggalkan anak2, sebab orang2 muda semua dah berhijrah ke bandar) supaya mereka selalu ceria dan tak sunyi cam dia….pastu dia pn meniggal dunia..( huhuhu…sedihnya…)

Hey guys…don’t get me wrong ya, walaupun ada lecture yg panggil ana ’Xiao Yu’ tapi ana bukan budak nakal tau!!! ( errr..mungkin agak nakal dalam kelas )

Ana jadikan perkataan ‘XiaoYu’ sebagai trade mark blog ni sebab karya2 di sini adalah bebas dan tak terikat dengan sebarang tema, di sini juga tempat ana meluahkan perasaan dan ‘berenang’ dalam perasaan sendiri.

Sebenarnya ana mula berjinak-jinak dalam dunia blog ni atas galakan seorang teman yang cukup istimewa dalam hidup ana, agak pening memikirkan nama yang sesuai, dan selepas beberapa hari berfikir dan mencari, maka akhirnya terhasillah ‘XiaoYu’ yang kini menjadi tatapan sababat2 semua..So geng bloggerS...Terima kasih sudi ziarah..

Salam dakwah with love!!
Jazakallah khair kathir!

Baca Selengkapnya ��