Catatan Kembara

Assalamualaikum..sidang pembaca yang ana sayangi fillah..


Lawatan2 ke blog sahabat2 pro pmbgkang mahupun pro kerajaan telah menatijahkan perubahan besar dalam diri ana, seolah manusia purba dari zaman dinasour yang menerima hentaman astroid, begitulah keadaan ana tatkala lawatan2 yang separa konsistens ini menghadiahkan sebuah momentem kepada anjakan paradigma dalam diri ana sebagai musafir kerdil di bumi tuhan yang maha luas ini.




Sedikit sebanyak ana belajar mengenal wujud kepelbagaian mentaliti dan persepsi dalam kehidupan manusiawi. Hanya 1 ungkapan..hebat! Allah mmg hebat..variasi pmikiran dan paradaime ini menjelaskn lagi betapa tuhan itu benar2 bersifat dgn sifat Azim!

Namun apa yang jelas, lawatan maya itu mengajak minda ana sama-sama bermusafir mencari erti kebenaran yang sebenar, sedikit sebanyak ia mengajar ana untuk melihat dunia dan menganalisis setiap isu dengan lebih teliti dan tidak emosi.

Sedikit pesanan ana buat "orang2 parti" hentikan menjadi jaguh di kampung sendiri, sesekali keluarlah ke kampung seberang, ikhlaskan hati untuk berkongsi. Kekuatan lawan, sama2 kita pelajari dan kelemahan lawan, jadikan pengajaran untuk antum lebih berhati2..

A'la kulli hal, afwan jiddan andai ada kalam2 yang mengecilkan hati sesiapa..Sungguh, ana hanya melihat dari kaca muda yang serba jahil..Ana juga tidak mahu terus percaya pada khilaf yang disangka benar lantas menjerumuskan diri sebagai hamba tuhan yang fasiq..Maka betulkan ana jika tersalah, kerana disanalah letaknya kepentingan 'berjemaah'

Sebarang komen positif mahupun negatif amat ana alu2 kan, semoga setiap apa yang kita lakukan walaupun sedikit dihisab sebagai amalan disisi Rabbul Alam. InsyaALLAH..

Wallahua'lam


Baca Selengkapnya ��

Diari Anak Pejuang


Saat ana menulis post ini, masih tertanya pada diri, “ layakkah aku menulis tentang ayah, sedang aku adalah anak yang paling banyak buat hal dengan ayah, anak yang paling kuat melawan, paling tak sependapat, dan bermacam ‘paling’ lagi”. Namun berbekal secangkir rasa sayang yang membaja, nama ayah lantas ana ukir di dalam hati agar tiada kuasa selain Rabb layak menidakkan betapa bernilainya seorang ayah dalam kamus hidup seorang anak..


Pagi ini ketika ayah sibuk membasuh ikan, mata ana mencuri pandang susuk tubuh yang diselaputi pagoda putih jarang yang menampakkan perutnya yang sudah sedikit membulat
( kata adik, dah 9 bulan ayah mengandung, tapi adik tak dapat adik pun..hehehe) usikan nakal adik, buatkan ana tersenyum sendiri , dan akhirnya pandangan mata terhenti di bahagian tangan kanan ayah yang kini hanya tinggal separas siku ,siapa sangka seorang ‘goal keeper emas‘ yang pernah menjadi harapan pasukan bola sepak sekolah dan kampusnya satu ketika dahulu,kini hanya seorang cikgu tua yang kudung tangannya...

Ana masih ingat ketika kecil tangan itu yang akan rotan ana bila ana degil atau buat perangai, tangan itu yang menyentuh hujung kaki ana setiap pagi untuk kejutkan solat subuh, tangan itulah yang suapkan ana ubat bila ana demam dan tangan itu juga yang menyentuh ubun-ubun kepala ana bila ana menangis atau merajuk, sehinggalah 7 tahun lalu, tangan itu masih disitu..namun sentuhannya masih hangat terasa, sentuhan yang pasti membuatkan ana menangis setiap kali mengingatinya,

Benarlah, tidak layak seorang itu mengaku dirinya beriman selagi dia masih belum diuji, maka ujian tuhan bertiup lembut menyapa tenang keluarga kami , lantas ayah dipilih ALLAH untuk menghadapi ujian itu. awal 2001, ALLAH mentakdirkan tangan ayah terpaksa dipotong sehingga paras siku kerana lengannya hancur teruk dalam kemalangan jalan raya, dan bermula saat itu ayah bergelar OKU.

Pedih terasa, bila saat-saat itu kembali ke minda, ia hari yang penuh kelam kabut dan ana sendiri lansung tak mampu bersuara, namun sebagai kakak, ana punyai amanah yang perlu di jaga, lalu ana tabahkan hati menjaga adik-adik sepanjang ummi tiada di rumah, mujur 3 orang hero ana itu cukup memahami dan seolah-olah faham dengan tanggungjawab sendiri

Atas tunjuk ajar atok dan nenek, kami mula belajar berdikari, belajar masak sendiri, belajar pergi sekolah naik bas, bersesak dalam bas buat kali pertamanya bukanlah mudah bagi kami yang sudah biasa senang, namun hari-hari yang sukar itu sebenarnya mengajar ana banyak perkara. ana belajar erti tanggungjawab, dan kasih sayang keluarga yang tiada penghujungnya, malah ana rasa cukup bertuah kerana dikurniakan seorang ummi yang solehah

Ana masih ingat, wajah ummi sentiasa tenang walau dalam apa jua keadaan, ummi tak banyak bercakap namun bicaranya penuh hikmah, ummi, ana jadikan sebagai idol isteri yang bijak dan tenang , dipadankan dengan ayah yang agak kelam kabut dan suka “membebel” , maka ana kira ‘ baitul rahman’ ini cukup sempurna, miskipun kami tidak dilimpahi emas dan permata, namun kami dilimpahi harta dan kemewahan akhirat yang pasti akan ana bawa sehingga hujung nyawa.

Saat itu juga ana mula mengerti erti ukhuwah dan kasih sayang yang sebenar, teman-teman seperjuangan ayah di medan dakwah tak henti-henti menziarah.
Ana sedar bukan mudah ayah menghadapi keadaan itu, malah diawalnya, ana sendiri tidak betah menerima keadaan itu, ana sering malu dengan kawan-kawan, apatah lagi bila berjalan dengan ayah, pasti ada yang memandang pelik,kadang kala ada budak kecil yang menangis takut bila ternampak ayah, ana sedih dan malu.

Namun bila difikirkan perasaan ayah, dia juga tak pernah minta jadi begitu, jika ayah tak pernah mengeluh bahkan redha dengan takdir ALLAH, mengapa ana perlu malu, malah hari ini ana bangga menjadi anak ayah, ayah seorang pejuang sejati, dalam keadaan yang serba kekurangan itu ayah tak pernah berhenti berjuang, malah hampir segenap penjuru bandar dan kampung di miri ini pernah bergema suara ayah dalam menyampaikan misi dakwahnya, sehingga semangat itu turut mengalir dalam diri ana, diri anak seorang pejuang!..kalaulah ayah tahu..

Selamat hari bapa ayah, semoga ALLAH memeliharamu, menyayangimu, dan mencintaimu seperti engkau menyayangi kami dari kecil hingga kini…lansung tak pernah berkurang kasihmu pada kami…miskipun tak pernah bibirku menyatakannya, namun percayalah, hati ini tak pernah berhenti memujamu…terima kasih ayah!













Baca Selengkapnya ��

Sempurna, Bukanlah Milik Manusia!

Cuti semester kali ini cuba ana manfaatkan dengan eksplorasi ke lubuk-lubuk ilmu, dan beberapa buah buku tulisan Dr. Abu Aid Al Qarni, menjadi santapan ilmiah yang paling ana gemari. Alhamdulillah walaupun tak banyak yang ana perolehi namun masih ada sedikit yang dapat ana kongsikan buat tetamu yang sudi ziarah.

" biarlah kita bahagia dengan cara kita sendiri ”



Satu dari beribu kalam ilmu yang dicoretkan oleh Dr Aid, namun cukup membuatkan ana berfikir. Semasa kecil ana ingin sekali menjadi seperti seorang teman, dia cantik, pandai, berbakat dalam seni lukisan, dan disayangi ramai orang kerana bakatnya itu. Jadi ana berazam untuk belajar melukis, namun sayangnya ana tetap tak dapat menandingi kelebihannya itu, tamat sekolah rendah kami membawa haluan masing2 sehinggalah beberapa bulan yang lepas, dengan kasih dan izin ALLAH, ana kembali bertemunya dalam terminal maya ini.

Alhamdulillah, dia masih seperti dulu, lembut, cantik dan kini menyambung pelajaran dalam bidang yang paling di gemarinya, lukisan seni bina. Dia bakal berkahwin dan ana gembira bagi pihaknya, seketika, perbualan kami mula rancak .

Ana luahkan betapa ana ingin menjadi sepertinya pada satu ketika , kami melerai semula kenangan zaman persekolahan yang cukup menyeronokkan, namun yang paling memeranjatkan, dia tak gembira dengan keadaannya dulu!

Dalam diam dia mengimpikan kehidupan yang lebih bebas, katanya andai masa boleh diputar, dia ingin sekali menjadi seperti ana, malah dia ingin sekali ikut serta ketika ana dan rakan2 memanjat pokok dan pagar sekolah! agak pelik juga seorang gadis manis, yang punyai segalanya tiba-tiba ingin menjadi budak nakal dan sering dimarahi cikgu macam ana ni. Namun rupanya menjadi pelajar harapan bukanlah mudah, jiwanya sering tak tenteram, dia sering memikirkan pandangan orang, dan perlu berlagak matang selalu.

Maka akhirnya ana faham, bahawa kebahagiaan sebenar bukan terletak pada kesempurnaan, tapi bagaimana caranya kita menghargai setiap apa yang kita ada, kerana sempurna, bukanlah milik manusia!

“ sesungguhnya nafsu manusia tak kan pernah puas, andai ia diberi emas sebesar bukit uhud, pastilah dimintanya gunung thursina pula…”

Seperti Firaun di zaman Nabi Musa yang dikurniakan pangkat dan kuasa seorang raja, lantas mahu menjadi tuhan pula, begitu juga Zulaikha, wanita bangsawan yang punyai seorang suami yang cukup mencintainya, namun mengkehendakkan yusuf, anak angkatnya. Begitulah manusia, tak kan pernah puas dengan kurniaan yang melimpah padanya. Nauzubillah!

Maka pesan ana pada diri dan pada sahabat2, bersederhanalah dalam segala-galanya, terima diri kita seadanya, maka kita akan sedar bahawa kita juga punyai kelebihan yang banyak.

“ kamu adalah sebaik-baik ummah” Allah menjadikan kita begitu sempurna, Maha Baik ALLAH, setiap makhluknya layak untuk merasa bahagia, maka sahabatku, berbahagialah dengan caramu. Selamat menempuh kehidupan baru!

Baca Selengkapnya ��

Asif Ya Allah..

Segala puji bagi ALLAH, tuhan semesta alam ,aku memujimu,memohon pertolongan dan pengampunanMu. Aku memohon perlindunganMu dari kejahatan diriku dan kekhilafan yang aku lakukan. Maha suci engkau Ya ALLAH,tuhan tadbir sekalian alam.

Jarang sekali ana menulis dengan memulakan nama ALLAH sebagai muqaddimahnya, namun perbualan yang sekejap dengan seorang teman sefiqrah nun jauh di tanah serambi makkah seolah membuat ana terjaga.



Betapa angkuhnya diri ini dari memuji dan memuja Al-Khaliq, sedang tangan yang menaip aksara ini, mata yang ana layarkan kearah skrin pemisah maya dan hakiki ini, jua akal yang ana asah untuk memulis bait kata ini, segalanya milik Dia, Rabbul Alam, atas belas,sifat Rahman dan Rahimnya, segala panca indera ini masih sudi berbakti kepada pemiliknya yang sementara cuma, sedang banyak pula dosaku padaNya.

Asif Ya ALLAH, moga ALLAH mengampuni keterlanjuranku dalam berkarya. Sahabat-sahabat, betulkan ana jika ana tersalah, sungguh ana sekadar insan biasa, iman dan islamlah yang menjadikanku istimewa dan dekat di mataNya ( Umar RA)

Baca Selengkapnya ��

Malaysian & Sebuah Lukisan Pasir

Malam tadi, seorg shabat bertanyakan pada ana melalui sms nya yg agak pnjag lebar, mengapa ana tidak mmbuat catitan politik dalam blog ini sedang ana punyai respon tersendiri dalam menilai sandiwara dan lakonan politik tanah air yang saban hari kian menarik, terutama selepas kehadiran 'artis2' baru dan tak kurang juga gosip artis2 lama yang 'bertukar syarikat rakaman' serta mmbatalkan kontrak perkhidmatan seumur hidup..



Ana sekadar tersenyum, tersenyum dengan semangatnya mengulas tentang isu2 semasa, ana biarkan dia dengan keazamannya dan sms itu ana biarkan sepi lantaran kesibukan menguruskan beberapa perkara, namun mmg diakui ana jarang skali mengupas tntg politik mahupun pkembangan semasa tanah air seperti kes hak malaysia keatas pulau batu putih, kenaikan harga makanan dunia @ the silent tsunami, mahupun yg terbaru kenaikan harga minyak yg mnjadi pertikaian antara side 'popular' dan 'tak popular'

Teringat ana kata2 Tun Dr Mahadhir sebelum turun takhta dahulu, lebih kurg begini mksudnya, org melayu mudah lupa, paling lama pun mrk akan ingat selama 100 hari,kemudian lupalah..
( Maaf,ana tak ingat lagi ayat buku yang digunakan)

Ana tidak berniat utk mengulas tntang politikus2 rejim Che Det mahupun rejim Pak Lah, sementelah ana bukanlah 'master' dlm bidang itu, yang lebih menarik perhatian ana adalah reaksi panas sekejap rakyat malaysia dalam berhadapan isu2 'panas' semasa.

Sememangnya Tun cukup bijak membaca fe'el dan mentaliti rakyat Malaysia, walaupun ana bukanlah 'egen pengipas' Che Det, namun harus ana akui kebenaran kata-katanya, tentang kelayuan dan kelupaan melayu, natijah dari pengajaran kes2 terdahulu.

Berapa banyak kes2 korupsi menteri2 kini menjadi sejarah yang tak pernah dibuka lagi, malah ada diantara pembuat onar ini yang naik menjadi 'penyeri' kabinet2 mahupun jentera2 besar kerajaan, lantaran mentaliti 'forgive n forget' orang melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya walaupun berhadapan isu maruah dan hak mereka! Lantas ana optimis, kes minyak ini juga akan berakhir dengan kisah yang sama, kisah lukisan pasir di tepi pantai, yang pasti hilang dibawa ombak.

Namun, sesekali ana tidak menghalang teman2 pnulis menyuarakan ketidak puasan hati mereka melalui penulisan, Raja Petra ana kira satu dari contoh yang baik. Cumanya yang menjadi kegusaran ana, sejauh mana keprihatinan rakyat dalam menilai stiap isu yang berlaku dan selama mana tahap keprihatinan itu mampu dikekalkan??

Lalu ana menemui satu solusi yang cukup penting, andai setiap isu yang berlaku ibarat lukisan pasir yang akan hilang dibawa ombak, maka seharusnya penulis menjadi seteguh karang yang tak bisa terusik dek tamparan ombak lembut. Malah sewajarnya tarikan ombak membawanya jauh mengeksplorasi alam lautan ciptaan Khaliq yang ternyata tak terhitung luasnya.

Buat sahabat2 yang rajin sekali menulis tentang fenomena politik dan perkembangan tanah air, ana mengharapkan istiqamah dan ketulusan antum dalam berkarya. Sedikit nasihat " penulis yang baik menulis dari hati untuk ALLAH, bukan untuk manusia menilainya "

Apa pun, kali ini ana kongsikan sebuah tulisan yang ana 'pinjam' dari ruangan sahabat mahasiswa kampus negara...

Hasil Ciptaan : Tarbus Merah

(Suatu pagi yang hening di pejabat tempat bertugas seorang Perdana Menteri (PM), kelihatan seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) masuk ke dalam bilik; menghadap PM. Setelah dibenarkan oleh Pembantu Tadbir yang menjaga bilik PM tersebut, mampirlah Timbalan Perdana Menteri masuk ke dalam kamar itu.)


Tuk! Tuk! Tuk!
(Bunyi ketukan pintu bilik)

PM : Masuk!

PM : Ha Jip, datang pun kau.

TPM : Sihat ya Lah! Apa kes hari ni?

PM : Eh! Aku nak naik kan harga minyak la malam ni, macam mana. Apa pandangan kau?

TPM : (Berfikir sejenak) Pasal apa?

PM : Aku pun dah pening la. Harga bahan api dah melonjak ni. Kita kena naikkan sikit.

TPM : Habis kalau rakyat bising macam mana?

PM : Ala, rakyat bising tu biasalah. Nama pun rakyat. Sikit je ni.

TPM : Aku risau dengan keadaan rakyat dah macam ni. Kau tahu je la, hari tu kita dah tewas masa pilihanraya, ni masalah besar ni?

PM : Ala, alang-alang dah tewas, kita tewaskan je la semua. Biar semua orang mengamuk. Amacam?

TPM : Terpulang la. Aku pun dah malas nak memerintah ni. Bagi kat kerajaan baru pulak la.

PM : Okey juga. Idea yang baik. Aku umum okey?

TPM : Okey.

(TPM langsung meninggalkan kamarnya dan bersiap sedia mengemas pejabat peribadi)

p/s- xiaoyu: kalau awal2 mcam ni kan senang..hehehhe

Baca Selengkapnya ��

I Am Abdullah


Because I am Abdullah


I am just Abdullah
When they come to my land
take it away from my people
I am only a little Abdullah
So i just let them
Oo people, do what ever you want!



I am just Abdullah
When they send their metal birds
And rained my country
With the fire from sky
I am only a thin Abdullah
So I just let them
Oo people, do what ever you want!

I am just Abdullah
When they get into my house
And suddenly change it
Into grave yard
I am only a weak Abdullah
My scream is nothing
but a dust...
So I just let them
Oo people, do what ever you want!

I am just Abdullah
When they build their house
On my house
The roof from my fathers bonds
The wall from my mothers tears
And the lower surface that they stand
Was the crying bloods
Of my brothers, my sisters
And my peoples
but me...
I am just Abdullah…

I am just Abdullah
A small, thin, and weak Abdullah
When they enter my ‘masjid’
And throw my Holly Qitab
I look at the ‘Imam’
suddenly the dead body smiled
His blood move and change into word
Abdullah…
yes the imam was also Abdullah
All of us are Abdullah
“The slave of Allah”…
So I stand up
And do what Abdullah should do
Because I am Abdullah

Before the angel come next to me
I can hear the wonderful sound
The sound from the crowd…saying…
Abdullah Syahid!!!
Because I am Abdullah…

Xiaoyu
JANUARY 21, 2008
1.06 PM

Baca Selengkapnya ��

Mother's Day...Never Too Late 2 Say Love...


Tulisan ini luahan hati oleh seorang sahabat. Ana kongsikan dalam blog ni bagi mereka yang mempunyai ibu dan ayah. Hargailah mereka...

Renungilah luahan hati seorang anak yang ditinggalkan ibu



WARKAH BUAT IBU.………

Mak……..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.
Dah hampir sepuluh tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
Sejuk syahdu masih terasa lagi ini....

Mak tau tak.....
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.…
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh....
Nak tinggal kan anak2 mak.....
Nak tinggal kan dunia fana ni.....
Mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
Kakak pun rasa hairan.....
Mak tak pernah buat begitu.....
Lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
Kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

Lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
Lepas itu mak jemur karpet-karpet...
Lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
Paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari.....
Ada kat dalam dalam beg.....
Ada dalam ASB.....
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi....
Ada kat dalam gulung tikar.....
Masa tu mak perasan takk..??
Kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...
Kita kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak saja...
eeemmm..Bahagianya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
Bila malam tu kita sampai dari KL.....
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
Mak tetap takmau pergi hospital.....
Dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk.
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....
Tapi kita berkeras juga pujukk..
Nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
Tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit..
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
Amponkan kami semua...
Kami nak mak sihat...
Kami sayang mak...
Kami tak mahu mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
Ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali
Mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
Kita jawab pula...kalau tak cukup,
Mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar kelinn naik motor.....

Punya lah kita takut...kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....Tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
Mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam.....
Airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di sebab kan pagi masih awal,
Jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang apa! rjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
Terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn....

Mak.....
Kita masih ingat lagi...
Kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat begitu...
Jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
Lagi laaaa laju airmata ni..
Tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
Kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Tak ada orang yang bangun lagi.....
Kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
Kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa lah.....
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak...
Kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....
Kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
Badan akak terasa panas...
Makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.
Entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi...
Semakin kita tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kita rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak....
Anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
Kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi.
Puas lah kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..
Nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
Sebab malam jumaat kata orang roh balik rumah...
Mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat....
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah
Kita berikan.....

Mak....
Cukup lah sampai sini dulu....
Kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...
Kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...
Lepas itu kawan kita bagitahu...
Simpan saja buat kenangan..

Kita cuma tau alamat ni aje...
Tak mengapa ye mak...Kita kasi orang lain baca...
Kita stop dulu...Sebab kawan kita dah lama tunggu tu.
Akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih..
Kerana membesarkan kita...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk unibesiti..
Sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian terimakasih.

Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil

Pesanan:

· Hargailah kewujudan mak kita

· Hargailah segala pengorbananan mak

· Berbaktilah selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yang baik

· Merendahkan suara ketika berbicara

· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita tidak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti.

· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat meringankan beban seksa ibu dan bapa kita.

Baca Selengkapnya ��

Hak Jemaah & Hak Ibu Bapa


Respon khas buat sahabat2 d kemaman,besut d mesir.. Jwpn ini buah dr pmerhatian d diskusi brsama beberapa orang sahabat, ats izin ALLAH ia dterjemahkan pd lembaran ini, ana tak harapkan persetujuan, sekadar buka minda...

"...dan berbuat baiklah kepada ibu bapamu, kerana redhaKu ada pada redha keduanya..."



Rasanya kita amat jelas tentang tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya, maka tak perlu ana mengulas panjang tentang itu, namun yang menjadi timbang tara dan titik pertikaian adalah apabila berlaku pertembungan antara hak ibu bapa dan hak jemaah, dimana rasional sahabat2 diluar sana yang menggelar dirinya seorang pejuang...

Sebagai mahasiswa yang berjuang dalam pentas dakwah dan politik kampus, lazimnya akan berlaku pertembungan antara dua tanggungjawab besar,iaitu tanggungjawab sebagai anak dan tanggungjawab sebagai ansarullah, pejuang agama ALLAH.

Seringkali apabila ana bertemu sahabat2 dari peringkat ahli biasa sehingga peringkat pimpinan, masalah ini sering diusulkan dalam pentas pendebatan, tidak kira pendebatan berbentuk 'formal' mahupun pendebatan 'kedai kopi'

Masalah yang tak popular tapi masih juga tidak berpenghujung, mungkin juga ia satu isu yang dianggap basi, namun tidak sepatutnya dipandang enteng..Kerana kedua tanggungjawab ini adalah tanggungjawab asas yang menjadi tapak awal kepada perjuangan.

Fikirkan, layakkah antum membina istana perjuangan andai pasak perjuangan masih rapuh. Ini bukan masalah futhur,sebaliknya masalah pokok yang sepatutnya antum perjelasi dan halusi dengan penuh izzah dan teliti. Yakin dan percayalah, andai masalah pasak ini antum kesampingkan, antum sebenarnya membina istana diatas angin, tak memijak bumi dan tak pula diterima langit.

Lazimnya, hujah yang biasa ana dengar, andai kita memelihara hak ALLAH,maka ALLAH akan jaga hak ibu bapa kita. Maka bukanlah salah andai kita mengabaikan larangan ibu bapa asalkan kaki kita berpijak pada perjuangan yang sebenar.

Ada juga yang mengambil hujah2 pejuang ikhwan seperti Zainab Al Ghazali malah ada yang mengusulkan hujah 'amir syuhada' HAMAS, Syeikh Ahmad Yassin sebagai lampu hijau mengutamakan hak jemaah melebihi hak ibu bapa.

Ana sesekali tidak manafikan hak jemaah dan hak antum untuk bergelar pejuang agama, namun di peringkat ana sendiri, ana sering tertanya2, adakah Islam di negara kita seperti masyarakat Islam Palestin??? Adakah mana-mana wilayah kita di tawan Israel laknatullah seperti di Gaza, adakah IPT kita dijadikan markas siasatan akademi Israel seperti di Tel Aviv ???

(Cuba lapangkan minda antum, kesampingkan semangat dan emosi yang teriku-ikut, maka antum akan nampak apa yang cuba ana sampaikan, jika tidak lebih baik lupakan saja perenggan seterusnya)

Kita lihat begini, samakah hukumnya seorang anak di Palestin mengingkari larangan ibu bapanya keluar berjuang dan mengutamakan jemaah dengan hukum seorang anak di Malaysia mengingkari larangan ibu bapanya keluar berjuang dan mengutamakan jemaah???

Methodnya sama, namun waqi'nya berbeza, adakah hukumnya akan jadi sama??? Bukankah ALLAH itu Maha Teliti perhitungannya???

Ikhwan akhwat fillah, bukanlah niat ana untuk mewujudkan provokasi atau menghalang sahabat2 dari turun kelapangan ummah kerana larangan ibu bapa, namun sebagai sahabat ana cuba wujudkan situasi supaya kita dapat sama2 buka minda, jangan penjarakan minda antum dalam ideologi perjuangan yang tak berasas.

Wajib ke atas antum untuk memperjelaskan tentang waqi' dan aulawiat. waqi' berbeza aulawiatnya juga berbeza. Bukan dalam semua keadaan, ibu bapa jatuh tempat kedua. Ingat sebagai pendokong agama Allah, antum perlu ada fikiran sendiri, jangan terikat dengan hujah pimpinan semata2, kerana hujah mereka untuk umum, belum tentu sesuai untuk keadaan antum (ini hasil perbincangan ana dengan seorang pmpinan)

Sebagai pendokong, asah akal antum untuk respon dan berfikir, bukan sekadar menerima dan wala' semata-mata , itu mentaliti penyokong!

Firman ALLAH dalam surah Ali-Imran

"Dalam penciptaan langit dan bumi, peredaran siang dan malam, ada tanda2 bagi hambaKu yang berfikir"

Islam itu untuk orang yang berfikir, maka jangan berhenti berfikir, kerana bila anda berhenti berfikir, saat itu neuron otak anda juga akan berhenti bersambung, jadilah anda orang paling rug dalam dunia sehingga seluruh jasad anda juga mula menyesali rohnya ( Dr. Aid Al-Qarni)

Hidup ini ibarat bilik darjah, setiap situasi ibarat satu subjek baru, antum takkan berjaya menyelesaikan semua subjek dengan satu teori, ada masanya antum terpaksa wujudkan teori baru, terpulang pada kebijaksanaan antum berfikir.

Akhir kalam, selamat berjuang putera puteriku, jangan sesekali lupakan ibu dan ayahmu.. Sesungguhnya mereka juga ada hak ke atasmu...

Baca Selengkapnya ��