Doaku buatmu..ya jundul fateh


Selepas hampir 2 bulan (mayb lebih) aku tinggalkan blog ni sendirian di ruang kaku siber ni, tiba-tiba hati tergerak menulis semula. Bagi teman2 yang rindu (statemen poyo y xleh blah..hehe) beberapa bulan ni,aku tak der la hibernate dan berbangga menambah berat badan dalam bilik, sebaliknya sepanjang bulan ramadhan yang berkat ini menjadi saksi satu era transformasi telah berlaku dalam hidup aku sebagai ABDULLAH dan JUNDULLAH.

Dari seorang ahli gerakan yang sekadar mementingkan akademi dan pointer, aku berubah menjadi ahli gerakan yang cukup aggesif dalam merencana semua gerak kija, terutama gerak kije diperingkat jentera siasah. Mungkin tempoh pengajian yang berbaki kurang 2 semester, buatkan aku takut untuk tinggalkan perjuangan ni tanpa sebarang bekal untuk adik2 generasi peneraju ummah kampus selepas ini.




Bimbang andai kegusaran aku yang kosong tanpa sebarang panduan ketika mula2 menggerakkan armada ini, menjadi siri ulangan jundi2 selepas ini.

“ tabir yang memisahkan antara manusia dan kejayaan hanyalah putus asa, maka rempuh tabir itu, sehingga janji kemenangan agama ALLAH,terasa dekat dihatimu”..

slogan perjuangan ikhwan ini, yang aku tampal di dinding bilik menemani perjuangan ku setiap hari. Setiap langkah dan gerak kerja, kupastikan terhindar dari virus wahan dan futhur yang ku kira lebih menjahanamkan dari virus selsema babi. Malam2 ku terisi dengan muhasabah hamba, setiap ijtihad yang gagal, ku kaji dan analisis untuk merencana plan tindakan seterusnya. Otak ini seolah tak mahu berhenti berfikir ‘ apa lagi yang mampu aku lakukan untuk islam’, sehingga mimpi juga, aku lihat sebuah jendela syahid.

Perkenalan dengan jasad2 hebat yang dilahirkan zaman ini, membuatkan aku benar2 trasa jauh ketinggalan. Maka dalam agenda merubah diri, aku pastikan setiap pergerakan ku dalam dunia perjuangan ini, bukan sekadar setapak, tapi ku lebarkan langkah ku 2 tapak kedepan, agar aku mampu berdiri standing dengan ansarullah era ini di mashyar.

masuk hari ni, dah beberapa minggu ramadhan tinggalkan kita sume, jika sebelum ini, aku mendambakan semangat badar dalam perjuangan ini, hari ini ku harap semangat badar tidak berakhir dengan berakhirnya Ramadhan.

buat sahabat2 ARCA , ku doakan sentiasa istiqamah dalam pejuangan ni..syukran, u girls adalah team terbaik yg pernah works wit me..and for the only hero in ARCA, dh jauh anta terbang sahabat, jgn patah belakang lagi! dh bnyk yg kita korbankan untuk hari ini..atur langkahmu utk terus kedepan, my little mister president!=)

dan buat tuhanku, pemilik jasadku, tuhan yang maha gagah, raja segala kekuatan, ya A'zim,kuatkan hamba2 Mu ini, simpulkan tautan hati kami..sungguh aku sayang perjuangan ini…

Andai ditakdir aku pergi dulu sebelum sempat ku suburkan kampus hijau ini dgn nur agamaMu, ku mohon, agar kau hantarkan benih2 islam dalam rahim srikandi2 islam ini, agar mereka bisa melahirkan seribu lagi mujahideen2 yg mencintai agamaMu..yg akn di kaderkan sehingga menjadi pemimpin2 trbaik dan jundi2 yg jauh lebih baik dari jundul fateh ini..

Warkah doaku buat diri2 mu...ya judul fateh...amiin..


Jangan lupa memberikan sedikit komentar ye!!

This entry was posted on 1:11 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Komentar

Post a Comment