This is my way

Thanx atas respon2 shbat2 dlm ekspedisi Ootai..nk betolkan cket..sbenanya bukan Ootai,tp kuntai..ish2,sori...by the way..sedikit perkongsian, atas cdgn seorang teman, insyaALLAH by next sem aku akn seat dengan KBM dan NGo2 utk bwk team dkwah kmpus masuk pkmpungan asli dan rumah ank2 yatim..cadangannya nak buka keahlian pada sape2 yg bminat tmasuk bukan ahli Pmi dan kbm..yang bestnye,even plan ni masih dalam 'percaturan minda', tapi dah ade geng2 aku dalam Al-Biruni and faculty2 mate yg nk join! terharu~ Buat masa sekarang, aku tengah kije keras nk rancang paperwork untuk kutip dana projek dakwah orang asli ni..doakan la yea..bnyk jg cabaran..nk mnta org support,bkn mudah kn..berperang dengan final projek lagi..nk hdiahkn 1st class certificate pada ummi ayah dan lectures yg sangat bnyk support..nk buat y tbaik dlm dkwah dan plajaran..kene sabar banyak,kene korban bnyak..huhu..takpela,yg penting..nur dakwah akan terus mengalir dlm jiwa semua warga kampus hijau ni, bukan hanya PMI,PROm,atau mane2 jmaah sahaje..tapi pd SEMUA!!!=)


Kebelakangan ni, ramai yg tnye,kenapa aku betol2 bsungguh nk bawak dkwah luar kmpus..dalam kmpus pn masih mendambakan perhatian..tak tau 'mode' sbenar disebalik pertanyaan tu..irritate,sarcastic, motivate, or just a simple question with no inttention..jadi aku pilih untuk husnuzon..selemah ukhuwah yg mampu aku hulurkan..yup,aku tak nafikan..bukan niat aku nak abaikn dakwah d kampus,tapi sedarlah shbat2..aku cube untuk pergi setapak ke depan, tnye la insan2 yg dekat dgn aku..betapa dunia di luar sane lebih berliku..

Bagaimana aku penah diminta utk mencabut tudung labuh semata2 untuk kelihatan 'kemas' dan 'cantik' depan pwakilan2 antarabangsa..bagaimana sesaknya nafas aku bila diletakkan sebilik dengan penganut kristian ortodok yg setiap pagi berlumba membuka bible saat melihat aku mmbaca al- quran, betapa aku terpaksa qiam dalam gelap sebab tak nak dituduh 'mencabul hak' beragama..bgaimana aku bsungguh untuk bawa nilai keterbukaan islam untuk memecah stigma dan stareotype 'jumud' wanita islam yang bertudung labuh.

Aku membawa misi yang cukup besar dalam setiap program yang aku ikuti, misi untuk membuktikan pada manusia2 moden ini, yang aku masih boleh berbual mesra tanpa a cup of warming drink (arak), aku masih boleh tersenyum mesra tanpa welcome hugs..membuktikan yang aku mampu meraikan tradisi dalam ketegasan syariat..bukan mudah..sungguh,bukan mudah..

Cabaran yg baru aku lepasi dalam program semalam juga, tak kurang hebatnya..walaupun tak sebesar program sebelum ni, tapi berada dalam sebuah workshop yg dipenuhi golongan2 profesional memang tak kan terlepas dari 'inferior'.. dikelilingi sekumpulan Dr PHD,Ir, Dr prubatan, dan other MIF (master in fields)..mencabar keazamanku selaku pelajar yg belum pun punyai ijazah utk bawak islam disini..mustahil untuk seorang muslimat yang ditarbiah untuk miliki jiwa seorang Umar al forouq sekadar berdiam diri, sedang penceramah yg sangat aku kagumi dengan penuh kelembutan mmbawa 'keindahan' jesus ditengah2 kumpulan manusia2 hebat ini..Aku betulkan niat, setiap kali berbual, aku akan selitkan tentang islam, tentang nabi yang aku cintai..namun pada manusia hebat ini, islam bukan bicara golongan profesional..dalam perjalanan balik, aku hampir2 terjatuh, emosi aku seolah ditekan kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat...tuhan..betapa sekularisasi telah memisahkan agamaMu jauh dari kehidupan umat2 agong ini..

Apepun, pngalaman mengikuti program2 bersifat interculture sbenanya sangat membuka mata aku tentang penindasan d kmiskinan ummat..cube la berbual dengan student2 nigeria,bosnia,bgladesh, dll..lihat sndri bagaimana ilmu mngubah orang2 miskin yang pernah dilayan seperti hamba, hari ini berdiri mnjdi 'manusia'..bicara ketidak adilan berlaku dimana2..tp itu bkn alasan untuk kita berhenti berstrategi..ape yg perlu kte ingat..tak semua perjuangan perlukan kekerasan, tapi semua amalan perlukan ehsan agar dakwah akan sentiasa mengalir dalam semua sekatan..ini trbiah 'seorang murabbi'..kerana itu, aku nekad untuk keluar membawa islam di luar kampus, agar perjuangan ini dapat menjadi madrasah persediaan untuk aku terus 'standing tall' sebagai graduan muslim..

Buat ukhti2ku sayang...ini hanya secebis dari sebuah realiti kehidupan diluar sana.. terpulang pada antum, samaada nak teruskan tradisi kakak2 yg hebat di kampus, abaikan pelajaran,kemudian berlindung dibelakang suami, atau aku mencabar antum, berjuang di kampus, ikhlaskan jihad ta'alim antum, dan masuk kedunia luar sebagai muslimah profesional, bersama-sama meletakkan islam ini di maqam 'ruqayya'.. makam yang tinggi...=p

sahabiahku sayang, muslimah yang lahir era ini, perlu eksplorasi potensi diri, perlu tahu bila saatnya mereka perlu berdikari, dan tidak jemu mencari Dia untuk disandarkan setulus cinta dan pengabdian, kerana Dia tak kan pernah mengecewakan. Begitu, aku membentuk jalan hidupku...=)

Baca Selengkapnya ��

Ekspedisi to the origin..Ootai

"Dan orang-orang kafir sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain, jika kamu ingkar dari laksanakan apa yang telah diperintah ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" al-anfal :73

Habis je kelas speech com, aku tersermpak dengan seorang sahabat orang asli, teruja dengan pengalaman menjelajah penempatan orang asli di hutan Felda Lasah, Sungai Siput, Perak, hujung minggu lalu, ingin sekali aku berkongsi kejayaan anak orang asli perak ini sehingga berjaya sampai ke kampus hijau ini. Namun amat menyedihkan, apabila aku bercerita tentang kemiskinan dan kesusahan orang asli ini, perkara pertama yang ditanya ''ada Islam' tak? Kalau ada Islam kami tak sama suku. Dorang keturunan T----r, kami, suku s---i tak da islam lansung, kalau ikut zaman dulu, dorang tu keturunan hamba-hamba'' aku ukir senyuman dalam marah, hina sangatkah Islam sampai Islam dianggap agama untuk suku hamba? Jika 3 tahun lalu, mungkin awal2 aku dh buka gelanggang debat, namun, rasioanal mengingatkan aku, bukankah Bilal, Zinnirah, dan keluarga Yasir juga golongan hamba, namun cukup mulia disisi tuhan? Sungguh, betapa lembutnya hati si hamba menerima Islam.


Satu persatu kenangan di Ootai menjengah fikiran, aku tersenyum sendiri. Walau di awalnya aku serba salah juga terpaksa meninggalkan program rehlah PMI yang diarahkan oleh sahabat baikku, namun selepas membuat timbang tara, samaada ukhuwah perlu dibentuk untuk mantapkan dakwah atau kefahaman dakwah yang akan membawa kefahaman ukhuwah (isu ni akan aku bahasakan dalam slot khas nanti) , maka aku lebih cenderung menggunakan 'teori topi merah' Edward De Bono, ikut kata hati. Bukan niat mengawlakan program jemaah lain, namun sebagai ahli gerakan Islam, aku cuba keluar dari pemikiran jemaah centric, dan ternyata urusanku dipermudahkan. Dalam rajuk diperli sahabat2 yang belum mengerti, Allah hantarkan pujukanNya dari mulut seorang sahabat, 'pergi la, bawa dakwah sejauh mungkin, InsyaALLAH, I'll do well here..' ….=)

Seawal 6.30 pagi, kami bergerak dari UPM. Team dari UPM, Fuad Hilmi Zakaria, selaku presiden KBM, aku sebagai duta Pro Mahasiswa UPM, dan Nadirah Azam, sebagai wakil PMI, serta akhie Waan Amir Amirzal, sebagai pemantau kami. Seterusnya kami bergerak mengambil Nurul, sahabat medic dari UiTM, melengkapkan kami sebagai team KL.

Cabaran pertama bermula, apabila tayar salah sebuah landrover kami pecah dalam perjalanan, memyebabkan kami tersadai hampir 3 jam di Felda Lasah. beberapa jam kemudian, team dari kedah yang diketuai Cikgu Hasyim, seorang pesara pensyarah yang sangat sempoi, bersama anak2 didiknya, Anis, Fiqah, dan Atiq. Team Perlis, akhie Azmarul dan Firdaus, dan hard2 core Ummah Aid, akhie Syahrizan Sazali dan akhie Salman Al-Siddiqie dari Penang. Syura bersetuju melantik Fuad sebagai amir, Nadirah sebagai Chief cook dan akhie Salman sebagai imam tetap.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 ke 5 jam meredah hutan dari Felda Lasah menuju ke Ootai padaku cukup bermakna. Jalan-jalan yang tak rata menyebabkan landrover yang kami naiki hampir terbalik 2 kali. Debu2 jalan dah jadi macam bedak asas dekat muka semua orang! Kata sahabat2, perjalanan kali ni lebih mudah jika dibandingkan dengan sebelum ini. Tapi sebagai new beginner seperti aku dan akhie Amirzal, kami lebih banyak mendengar dan belajar.


Semakin jauh ketengah hutan, perjalanan kami semakin meriah ditemani orang2 asli yang melambai2 dari luar tingkap, sesekali akhie Salman akan berhenti dan menghulurkan kismis kepada anak2 orang asli yang sedang bermain lumpur di tengah jalan sampai comot2 satu badan. Terhibur dengan telatah anak2 kecil yang tak berseluar baju melompat2 keseronokan dapat kismis. (err…muslimat pndang skali je tau..betol ne!!).

Sampai di Ootai kami disambut kak Jenon dan kakaknya,kak Kamalia. Hanya kak Jenon yang fasih berbahasa melayu. Dalam ekspedisi kali ni, kami dibahagikan kepada 2 team, team dakwah dan team 'Cak Raya'. Cak raya ni macam 'makan besar' la, biasanya orang2 luar yang datang perkampungan orang asli akan sediakan 'cak raya' dengan orang kampong.

Memandangkan aku tak de la tulen sangat nilai2 kewanitaan, so aku pilih untuk duk dalam team dakwah. Bimbang ada yang keracunan dengan masakan aku nanti (toilet tak ada tau, semua kene 'settle' dekat dalam semak atau terus pegi sungai..huhuhu) Selepas ta'aruf dan berehat beberapa minit, kami mula turun dan mula mendekati orang asli. Akhie Salman hulurkan beberapa buah buku cerita nabi. Aku tersenyum. Memang aku pakar bab ni, pengalaman praktikel di sekolah aku pergunakan sebaiknya. Namun ternyata bukan mudah, walaupun 3 tahun bergelar pelajar TESL, aku lansung tak mampu menarik perhatian mereka, aku macam alien kat sini, lansung tak dipedulikan!

Mungkin sedar dengan muka moyok ala2 chipmunk aku, akhie Salman suruh aku edarkan biskut yang dah pecah2 kat tangan die, mula2 cuak juga, takkan nak bagi habuk biskut kan? tapi ternyata, dalam sekelip mata, bukan budak2 aje,sampai mak budak pn dtg dekat. Rupa2 nya, orang2 asli ni sangat miskin, makanan ruji mereka cuma ubi kayu yang direbus dengan air tanpa garam, sebab nak beli garam pun tak mampu, so harga sekeping biskut yang dah pecah2 ni pn, sangat bermakna. Subhanallah, teringat sisa2 biskut tiger yang aku buang sebelum bertolak kesini. Rasa cam nak tampar je diri sendiri. Tuhan..membazirnya aku…

Sambil2 bdk2 tu makan, aku amik kesempatan buka crita Nabi Sulaiman, tatau la dorang paham ke tak, tapi aku takar Raja Sulaiman, jadi Tok Batin Sulaiman. Dorang gelak2 jer. Habis bercerita, Atiq ajak aku bwak budak2 pegi sungai. Dekat sini la aku mula mengenali anak2 kecil ni lebih dekat. Dengar pengalaman dorang jalan kaki 4 jam pegi skolah , tumpang tidur dekat tepi padang sekolah, dan cerita cikgu2 yang seolah tak peduli dorang betol2 blajar atau skadar pg skola supaya dapat baju percuma. Aku menilai bicara sebuah kemiskinan, penghinaan, ketidak adilan, dan bicara sebuah kesyukuran. Kesyukuran atas nikmat kesenangan yang tak pernah putus sejak aku kecil.

Sebelum nikmati cak raya, kami semua solat dulu sama2, rupa2 nya dorang ni tak pandai solat, jadi aku solat tanpa telekung supaya dorang boleh tengok kedudukan tangan, dan kaki aku ketika solat. Hari kedua, aku pakai kain batik dan tutup seluruh kaki sebab mejoriti asli perempuan berkain batik. Alhamdulillah, dah ada yang ikut. Nurul ajar mereka berwuduk, dan Atiq ajar dorang mengucap. Walaupun kami perlu upah mereka dengan makanan untuk solat dan mengucap, tapi rasanya berbaloi, bukankah islam taklid lebih baik dari kafir?

Malam kat cne, tersangat sejuk, dua helai stoking dan 2 pasang baju yang aku pakai masih tak dapat hilangkan kesejukan yang masuk sampai tulang. Dalam gelap malam, aku gagahkan juga untuk bangun qiam, tak sampai hati kejutkan sahabat2 yang lena dan kepenatan, aku kuar dan amik wuduk sorang2, takut juga, tapi rupanya dah ada mslimin yang bangun, lega sikit la (kalau bab ghaib2 ni, aku memang jadi perempuan sikit..hehehe). Kata akhie Syah, kawasan orang asli ni keras. Tapi, aku yakin, ayat ALLAH lebih 'keras'.

Tahajud aku malam tu akan jadi kenangan yang sangat2 indah, solat bawah atap langit yang dipenuhi bintang yang sangat2 terang. Beberapa kali air mata aku keluar masa sujud, Subhanallah, cantik sangat2 bumi ni rupanya. Dan masa ni juga aku sedar kepentingan hafalan Quran, dalam pekat malam mana boleh baca quran, tak nampak apa2 lansung, so aku cuba juga baca berdasarkan hafalan aku yang tak berapa lancar. Tapi kuasa Allah, waktu kat sana, macam senang je lidah aku nak sebut, tapi bila balik kolej, cuba baca semula, dah tak lancar balik. Subhanallah, walhamdulillah!

Hari2 terakhir kami terisi dengan misi bantuan, selesai sarapan dengan tok batin, kami keluar ke beberapa kampung lain untuk edarkan bekalan makanan dan baju. Sayu sangat bila tengok baju2 buruk pn mereka trima dengan gembira, senyum tak henti2. Berkali2 aku panjat syukur pada Allah, setiap kampung yang kami berhenti, aku akan buat sujud syukur, dan perbaharui wuduk aku dengan air2 bukit yang sejuk dan segar. Biar tanah dan air ni jadi saksi di hadapan tuhanku, yang aku dah bawa agamaNya sejauh ini. Maha suci ALLAH atas iman dan islam ini. Atas nyawa dan hela nafas ini.

Aku pandang jalan2 yang dah aku lalui sepanjang kat sini. Dalam hati, aku tertanya, bila lagi aku akan lalui jalan2 yang dah aku lepasi ni. Nekad aku untuk kembali lagi kesini. Jika disini, di tanah ni,akhie Amirzal menyimpan impian untuk menawan dunia, dan Fuad menyimpan impian untuk syahid, aku juga menyimpan 1 impian baru. Jika sebelum ni aku bercita2 untuk jadi sayap kiri perjuangan islam, hari ni aku bercita2 untuk tidak menjadi sayap, sebaliknya terus menjadi burung yang akan membawa benih islam ini terbang sejauh mungkin. Tiap kali bercerita pada sahabat2, soalan pertama pastilah..program jemaah apa? Dan aku pasti tersenyum..ya ukhti..di Ootai, aku tidak melihat mana2 jamaah, tapi aku melihat sebuah payung yang bernama dakwah islamiyah, ini yang akan aku pasakkan pada generasi2 baru ini,dan anak2 ku nanti akan aku ajarkan..erti ' rabithah dakwah'..My journey to an origin, brings me to my original destiny!




Baca Selengkapnya ��

Snap Ekspedisi Ootai

gema azan di Ootai

bakal pejuang islam asli

akhi2 ku dan tok batin

gadis2 asli..heheheh



suka gambar ni.....

gaya sempoi cikgu hasyim ajar orang asli baca doa 'cak'

kampung Ootai yang tenang

berebut amik baju
kenangan terindah.....
gadis asli bukan plastik..hehehe

kami sebaya tau..hehehe

cak raya..maddu..cak..cak...

solat......

jalan raya..huhuhu..hampir2 terbalik ni...

'Dalam penciptaan langit dan bumi, peredaran malam dan siang, ada tanda- tanda bagi orang yang berfkir. mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan berbaring. Ya Allah, tidak kau jadikan segala ini sia2, maka jauhkanlah kami dari azab nerakaMu'
Ali Imran: 190

Baca Selengkapnya ��

hadiah hari lahir ku..


Hamdallah, semalam, genap umur aku 23 tahun. Dah lama rupanya aku di bumi tuhan ni, menumpang rahmat dan kasih sayangNya yang tak pernah berkurang seperti turun naiknya kasih sayang manusia.

Thanks to my rummie, Ja, Eily, n Wawa, for the surprise party, thanks also for the yummy ‘hijau putih’ cake. And also for the ladie like bag. I’ll try to become more ladies after ya…




Namun Allah ada perancangan lain buatku dalam pelayaran usia ini.. tuhan yang Maha pengasih menghadiahkan aku sebuah ujian, ujian yang menguji martabat iman dan tauhidku pada qada dan qadarNya melalui satu panggilan dari ayah awal pagi ini.
Adik aku, amiin terlentang tak dapat bangun, tulang punggung dia retak. Dr can’t do anything about it except with an operation that might take his ability to walk for permanent! Gosh, finally, I get the answer for my uneasy feeling since last night!!!! Astagfirullah, walhamdulillah…

Aku tahan air mata, kalau amin ada kat sini, mesti dia marah,aku tau…Muhammad ashabul yamiin, adik ku yang kedua ni memang tak leh tengok aku nangis sikit, dia tak suka, sebab lepas tu mata dia akan merah sama……aku tengok gambar family yang penuh bertampal kat dinding bilik, air mata mengalir,xleh tahan dah..aku paling suka tengok senyuman adik besar aku ni, lesung pipit jelas kelihatan di kedua belah pipi dia tiap kali dia senyum.

Kata ummi, bila dia marah, dia cuma akan dengar cakap aku..1 per satu kenangan zaman kanak2 kami hadir, menderaskan lagi air mata aku. Padaku, antara semua 3 orang hero2 ku,walaupun amiin yang paling baran, tapi dia punyai hati yang paling lembut. Sangat2mudah menangis, sangat2 mudah tersentuh. Tidak seperti abang dan adik, amiin lebih mudah dipujuk. Hati aku lansung tak tenang. Minda ku terasa kosong yang amat….semua asingment ku campak ketepi, tak boleh focus!!!!!

Aku call amin, dengar suara dia lain sikit, xde nada nakal2 macam slalu..aku tau dia sakit, aku nak balik, sekarang juga!!! Amin marah, dia suh aku stay dulu, tunggu ai sabtu..aku nak balik gak..nak balik……. “kate nk jadi mujahidah..tak pandai nak sabar???, amin ok je, bukan kak balik, amin trus leh jalan pn, relax la..doa kat amin..bole x???!!” kene marah lagi..yea2..aku kene rasional..tau..faham...

Tuhan, banyak sangat2 kije nak wat. Proposal tak siap lagi, 2nd asgment ada lagi 3 nk kne submit by next week, dan amanah ku dalam perjuangan ni…..tapi aku mesti balik juga...mesti..xkira..nak balik!!! sahabat2..doakan adik ana yea....

Baca Selengkapnya ��

Doaku buatmu..ya jundul fateh


Selepas hampir 2 bulan (mayb lebih) aku tinggalkan blog ni sendirian di ruang kaku siber ni, tiba-tiba hati tergerak menulis semula. Bagi teman2 yang rindu (statemen poyo y xleh blah..hehe) beberapa bulan ni,aku tak der la hibernate dan berbangga menambah berat badan dalam bilik, sebaliknya sepanjang bulan ramadhan yang berkat ini menjadi saksi satu era transformasi telah berlaku dalam hidup aku sebagai ABDULLAH dan JUNDULLAH.

Dari seorang ahli gerakan yang sekadar mementingkan akademi dan pointer, aku berubah menjadi ahli gerakan yang cukup aggesif dalam merencana semua gerak kija, terutama gerak kije diperingkat jentera siasah. Mungkin tempoh pengajian yang berbaki kurang 2 semester, buatkan aku takut untuk tinggalkan perjuangan ni tanpa sebarang bekal untuk adik2 generasi peneraju ummah kampus selepas ini.




Bimbang andai kegusaran aku yang kosong tanpa sebarang panduan ketika mula2 menggerakkan armada ini, menjadi siri ulangan jundi2 selepas ini.

“ tabir yang memisahkan antara manusia dan kejayaan hanyalah putus asa, maka rempuh tabir itu, sehingga janji kemenangan agama ALLAH,terasa dekat dihatimu”..

slogan perjuangan ikhwan ini, yang aku tampal di dinding bilik menemani perjuangan ku setiap hari. Setiap langkah dan gerak kerja, kupastikan terhindar dari virus wahan dan futhur yang ku kira lebih menjahanamkan dari virus selsema babi. Malam2 ku terisi dengan muhasabah hamba, setiap ijtihad yang gagal, ku kaji dan analisis untuk merencana plan tindakan seterusnya. Otak ini seolah tak mahu berhenti berfikir ‘ apa lagi yang mampu aku lakukan untuk islam’, sehingga mimpi juga, aku lihat sebuah jendela syahid.

Perkenalan dengan jasad2 hebat yang dilahirkan zaman ini, membuatkan aku benar2 trasa jauh ketinggalan. Maka dalam agenda merubah diri, aku pastikan setiap pergerakan ku dalam dunia perjuangan ini, bukan sekadar setapak, tapi ku lebarkan langkah ku 2 tapak kedepan, agar aku mampu berdiri standing dengan ansarullah era ini di mashyar.

masuk hari ni, dah beberapa minggu ramadhan tinggalkan kita sume, jika sebelum ini, aku mendambakan semangat badar dalam perjuangan ini, hari ini ku harap semangat badar tidak berakhir dengan berakhirnya Ramadhan.

buat sahabat2 ARCA , ku doakan sentiasa istiqamah dalam pejuangan ni..syukran, u girls adalah team terbaik yg pernah works wit me..and for the only hero in ARCA, dh jauh anta terbang sahabat, jgn patah belakang lagi! dh bnyk yg kita korbankan untuk hari ini..atur langkahmu utk terus kedepan, my little mister president!=)

dan buat tuhanku, pemilik jasadku, tuhan yang maha gagah, raja segala kekuatan, ya A'zim,kuatkan hamba2 Mu ini, simpulkan tautan hati kami..sungguh aku sayang perjuangan ini…

Andai ditakdir aku pergi dulu sebelum sempat ku suburkan kampus hijau ini dgn nur agamaMu, ku mohon, agar kau hantarkan benih2 islam dalam rahim srikandi2 islam ini, agar mereka bisa melahirkan seribu lagi mujahideen2 yg mencintai agamaMu..yg akn di kaderkan sehingga menjadi pemimpin2 trbaik dan jundi2 yg jauh lebih baik dari jundul fateh ini..

Warkah doaku buat diri2 mu...ya judul fateh...amiin..

Baca Selengkapnya ��

lecture in my holiday!!!

Mlm td kwn ana msg, mmbebel sbb ana x update blog..huhuhu..dis is not the 1st time ana kne tegur tntg updating matter ni..so utk amik ati shbt2 yg rndukan tulisan ana, ana tls la sket...

Well,from 1st jun, ana telibat dgn progrm rebranding kelab albiruni, skrg pn tgh dgr prof2 wat presentation.. rs mcm dlm intelectual knvensyen...agak penat, tp agak bgs jg, 1 usaha pihak upm utk hidupkn smula 1 kelab yg dh lame mati..satu usaha yg ptt dipuji..out come???we'll discuss after....




p/s- Ana harus akui,stiap ape yg blaku ad hikmah, even dpaksa dtg ke program ni, tapi banyak bnda yg bleh ana bw ke kongres rejuvenasi sstm pndidikn nati.. wallawehhhh!!!

Baca Selengkapnya ��