Beberapa hari lepas, pak ngah (pensyarah intercom) minta kami semua siapkan sebuah essei tentang "orang yang paling aku benci". Tajuknya kedengaran mudah, jadi sepanjang pak ngah membebel kat depan, aku buat tak peduli, tenggelam dalam dunia thesis yang tak siap-siap! Kata akma, pak ngah minta kami buatkan sampai 10 pages. Aku buat bodoh je bila makcik berambut pendek ala-ala Johnny deep dalam citer Charlie and the chocolate factory tu muncung tak puas hati. "Alah..bukan susah,tulis jer ko benci kat saper, takkan takde, pura2 suci lak.. "(kata aku dengan riya' nya, sebelum kene sepak dengan kaki pendek dia..hohoho)
Balik bilik, aku capai note book, cuba melakar essei …satu jam berlalu..TIDAK!!,halaman Microsoft word aku masih lagi kosong?!…aduhh…aku dah cuak..adoii,itulah riya' sangat tadi!..bukan mudah rupanya..siapa yang aku benci ni???
~FASA BOSAN~
Adooiii...Ilham yang aku tunggu tak juga kunjung tiba…macam nak sawan dah aku tunggu..
~FASA BOSAN SANGAT~
beberapa minit…aku ambil wudu', solat,dan… aku buka qalam cinta illah….saat itu aku temukan sebuah ayat yang cukup-cukup menjawab persoalan, dan memberi aku overloaded ilham yang entah dari mana.. namun yang pasti ia setentunya dengan izin pemilik 'miftahul najah' , yang walau seluruh lautan di bumi,menjadi tinta untuk menulis ilmuNya, pasti akan kering lautan sedang ilmuNya masih belum habis tercatat….Subhanallah..
"….dan janganlah kamu mencintai sesuatu melainkan kerana ALLAH, dan jangan pula engkau membenci sesuatu, melainkan kebencian itu kerana ALLAH juga…"
Dari ayat ni, aku cuba merungkai erti kebencian, namun ternyata pengertiannya lebih dari sekadar persoalan lughah, boleh aku katakan ia melibatkan kepada persoalan konsep atau 'meta linguistic, Teringat bagaimana Rasulullah berpaling dari memandang Hindun yang membunuh bapa saudaranya, Saidina Hamzah, walaupun ia bukanlah kerana benci, tapi aku menganggap peristiwa itu sebagai satu bukti dari tuhan, bahawa Muhammad Al Amin, juga seorang manusia biasa, yang ada kalanya tidak dapat lari dari perasaan sedih dan tidak senang. Betapa yang maksum juga punya hati dan perasaan, apatah lagi aku sebagai manusia.
Jujurnya bukan mudah untuk manusia yang hadir dengan pelbagai fitrah untuk jauh dari perasaan benci. Pada aku kebencian itu adalah satu seni hati, seni membentuk tompokan hitam dalam kehidupan manusiawi yang hadir bagai kanvas putih,manakala membersihkan kebencian itu pula merupakan satu seni yang lain, yang jauh lebih halus dan sukar, seni yang memerlukan kepada tasawwuf serta muamalah ilmu, hablum minallah, dan hablum minannas. 'Hablu' inilah kita istilahkan sebagai komunikasi, komunikasi manusia dengan pencipta dan komunikasi manusia dengan manusia. (sekadar hipotesis tanpa fakta khas, betulkan jika tersalah).
Beberapa potret wajah hadir dalam optik minda, sedang neuron-neuron otakku sepenuh daya berhubung dalam usaha membentuk koherensi dan sekuansi antara 'short' dan 'long term memory boxes' sehingga aku teringat kata-kata pak ngah, " Kebaikan dan beburukan itu berjangkit"
Contohnya, bila orang curi selipar di masjid masa sembahyang jumaat, orang yang hilang selipar akan curi selipar orang lain, begitu seterusnya sehingga akhirnya pak imam yang akan balik tanpa selipar, sebab dia yang last skali keluar..!" kami semua tergelak..
Yup..bunyinya macam kelakar, tapi cuba korang analisis…jika terdapat 40 orang yang bersolat jumaat dan semuanya saling mencuri selipar, ini bermakna si pencuri sebenar akan bertanggungjawab atas kesalahan 40 orang atau lebih makmum di dalam masjid itu yang mencuri selipar orang lain! Aduhhh…dasyatkan? Macam mana nak tanggung dosa tu??
....seperti juga membenci, mungkin kita rasa lepas dan puas setelah berkongsi rasa benci kita pada orang lain, tapi adakah kebencian itu akan berhenti disitu? Tidak! bagaimana jika teman yang mendengar luahan hati kita (selepas dipesan…'jangan cerita kat orang lain.."), tiba-tiba gatal mulut dan sampaikan kebencian itu pada orang lain, dan seterusnya cerita kebencian itu berjangkit sehingga bertahun-tahun kemudian??Astagfirullah….kenikmatan meluahkan kebencian yang sebentar ditebus dengan dosa yang bertali sehingga beberapa hari,tahun, dan mungkin juga sehingga kita mati..Nauzubillah…
Hmm..sebenarnya, Tidak aku nafikan, bukan mudah untuk manusia lari dari membuat persepsi, kecenderungan untuk mengalami 'horn effect' sangat tinggi dalam keadaan beremosi. Namun, di situ letaknya 'fatanah', kebijaksanaan manusia merangka 'hablum minannas' sebagai khalifah dimuka bumi.
Bak kata Ustaz Hasrizal "….jika erti hidup pada memberi, maka berilah sebanyak-banyaknya…", dan kata aku, seindah-indah kebencian adalah kebencian yang hadir dengan kemaafan, maka berilah kemaafan sebanyak-banyaknya…Berhenti membenci, nilailah diri, dan pinjamlah sifat 'pemaaf' Muhammad bin Abdullah…bukankah dia, qudwah terbaik umat ini..=)
so gurlz out there..jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat,kerana kayu yang keras itu tak pernah tumbang diatas manusia yang memakinya, malah ia memulangkan buahnya yang manis saat manusia membalingnya dengan batu.
Subhanallah..walhamdulillah..terima kasih tuhan..atas pengajaran dan peringatan yang sering Kau ajarkan…terasa asma'Mu mengalir di urat leherku…kau pemilik nyawaku,cintaku..(sila baca dengan mode jiwang..heheheh~)
Khas buat korang2 yang dah curi sedikit masa untuk baca blog usang yang sekian lama bersawang ni, aku harap ada sesuatu yang dapat korang pelajari beberapa minit ni. Semoga dikurniakan masa yang bermanfaat..adios!-(o_<) P/S # Horn effect - membenci seluruh perlakuan baik dan buruk orang yang dibenci