Saat Aku Diuji

Dah terlalu lama rasanya ana tak up date blog ni, pagi ni hati yang kecil ini seolah terpanggil mencoretkan sesuatu yang saban waktu semakin merunsingkan ana, masalah kecil yang sering ana abaikan, namun akhirnya mencambahkan benih ‘sakit’ dalam jiwa.

Mengintai bait bicara ustaz safwan dalam tazkirah ringkasnya tentang ikhtilat dalam islam di surau serumpun beberapa hari lepas,perihal bagaimana wanita menjadi pencetus kearah zina hati, maka hati ana juga mulai berdebar,tertanya-tanya bagaimanakah ALLAH yang Maha Penyayang melihat ana..



Nikmat tidur yang sewajarnya merehatkan, bertukar menjadi sangat meletihkan lantaran neuron-neuron otak ana bekerja keras berhubung antara satu sama lain dalam mencari titik penyelesaian yang mengganggu keseluruhan emosi dan perasaan, maha suci tuhan yang ditanganNya tercipta mehnah dan ujian.

Lantas biji-biji tasbih akhirnya menjadi teman tidur yang terbaik..sungguhlah dengan mengingati tuhan hati akan menjadi tenang, setenang air dikali..

Tuhan, hati yang kecil ini sedang gelisah…saat Engkau memilihku menjadi sebutir dari ribuan zarah kecil dalam saff srikandi agamaMu, dalam masa itu, aku juga menjadi fitnah dalam hati-hati pejuang agamaMu..bukan sekeping hati tuhan, tapi dua hati yang sentiasa aku kagumi kesungguhan mereka dalam perjuangan ini

Tuhan..sungguh aku gelisah, andai ujian ini menguji mujahadahku dalam perjuangan, maka ku mohon Kau tsabatkan aku…

Tuhan..iiwa yang kecil ini memohon dengan setulusnya agar kau peliharakan kedua hati mujahidin itu, dan temukan mereka dengan HATIMU, agar aku bisa terbang sendirian mengejar redhaMu…biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak aku sepi dari kasihMu..kerna hakikat sebuah cinta, sebetulnya fana…

Sahabat, andai antum mengerti, fahamilah aku..selami bicara hatiku..sungguh, aku tidak senang dengan gelaran ‘pembawa anak panah syaitan’ yang kelihatan begitu hampir denganku..risau aku akan diri-dirimu yang kelihatan semakin lemas dalam lautan perasaan yang meneggelamkan..sungguh aku gelisah..dan aku mohon akhi, agar antum izinkan aku terbang sendirian tanpa bebanan perasaan..
Tuhan..aku gelisah...


Jangan lupa memberikan sedikit komentar ye!!

This entry was posted on 7:29 AM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

9 Komentar

Allah itu Maha Adil...
Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya..
Manusia itu zalim..
Zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya..
Namun, hayatilah Kalamullah...
Al-Baqarah : 216...

Em... agak lama blog ini kesyunyian...

salam ala'ik ya ukhti..

di saat ku meneliti satu persatu pepatahmu, hatiku mengangis.. betapa ku memehamimu ya ukhti.. ukhti, percayalah tiada hambaNya yang ingin dinaikkan pangkat mulia disisiNya melainkan dengan ujianNya.
ya ukhti..
satu pesanan untukmu.. masih dikau ingat kata-kataku ketika cuti sebelum masuk semester ini??
jangan lah mengharapkan rantai-rantai yang mengikat dirimu itu untuk melepaskanmu, akan tetapi ukhtilah sendiri yang perlu bergerak melepaskannya. jauhkan butir permata daripada cengkerangnya agar butir permata yang timbul bersinar bebas seperti burung berterbangan walau butir mutiara tiada sayap selendang putih..
ukhti..
percayalah...betapa Tuhan Rabbul Izzati menyangimu, mengasihimu dan mencintaimu.. bagaimana ku mahu katakan tidak, sedangkan kau sedar dari lautan yang penuh dengan kemewahan.. namun, kau lah yang sepatutnya menjadi pemangkin untuk meleraikan segala rantai-rantai itu membelenggumu..

ukhti nur ruqayyah..
ALLAH MENCINTAIMU kerna ALLAH KASIH PADAMU..

munirnukman

syukran buat sahabat sahabiah yg sntiasa mmahami,dan sntiasa brsama dlm prjuagan ini..
sungguh,terasa rapat kasih tuhan dlm hati, saat 1 per 1 shabat2 dtg mghadiah sebuah 'nasihat'..
baiknya ALLAH pd hamba kerdil ni..
jujur, ana ternanti2 saat utk bnar2senyum d ketawa dr hati.....

Blog ini semakin indah...

salam perjuangan buat ukhti tersayang,
biarpun kita sering lemas dan tenggelam dalam lautan yang sangat dalam dirasakan, namun kita boleh dan mampu timbul dan berenang ke darat dengan selamat dengan izin Yang Maha Kuasa.Percaya dan yakin, setiap uijan yang menimpa ada hikmat dan rahmat di sebaliknya.Dari hati naik ke mata jika Cinta kerana ALLAH TAALA..

Salam..
Nak mintak permission utk copyright n translate some of ur posts to other language..
Dats all..
Plz rply A.S.A.P
Thanks..
Wassalam.

Renungkan sebaik-baiknya hikmah setiap ujian,pasti Kau akn mengerti sahabatku akan mesej Allah yg ingin disampaikan kepada kita..Allah tahu apa yang bermain di minda dan hati hambaNya,ujian itu bkn lah kerana Allah itu zalim, tetapi kerana Allah sayang pada kita. Manakan boleh dinilai rasa manis itu, seandainya kita tidak mengenali apakah itu rasa pahit dan masin. Bersangka baik denganNya, adalah yg cara terbaik..Segalanya adalah dariNya, dan kembalikan lah kepadaNya..Pengalaman menjadikan kita lebih matang dan faham..Faham dalam beramal suatu perkara yg penting, disebabkan itu lah rukun bai'ah yang pertama adalah AL-FAHMU..Allah sentiasa bersamamu sahabatku..Teruskan istiqamah ye..Salam sayang dr sabah..

salam, kak,

rasa nak nangis je baca blog akak,
takpe2 teruskan perjuangan .....
mcm yang akak cakap "kalau kita yakin apa yg kita buat,,, buat je...." (lebih kurang lah).
gud luck kak.

Post a Comment