Wo Shi Xiao Yu ( Ana, Si Ikan Kecil )

Assalamualaikum..

Sebab ramai sangat yang bertanya, kali ni biarlah ana citer kan sket sejarah nama ‘xiao yu’ ni.

Perkataan, Xiao Yu adalah gabungan 2 perkataan mandarin yang bermaksud ‘ikan kecil’ ( good guess Adry!!) , kalau tak silap, dalam tradisi cina, ‘Yu’ atau ikan adalah symbol ‘nakal, berdikari dan bebas’, manakala ‘Xiao’ atau kecil sering digunakan sebagai panggilan kepada budak kecil dan panggilan manja dalam keluarga.


So memandangkan ana memang agak kecil dari segi fizikal maka ana gunakan perkataan Xiao dan digabungkan dengan perkataan ‘Yu’ sebab sejak dari kecil ana memang budak nakal yang suka bebas dan tak suka duduk diam. ( copy paste kate2 umi semalam..hehehe)

Ana memang tekejut bila ada seorang teman bagitau, pernah ada cerita lama kantonis yang menggunakan nama ‘Xiao Yu’, meh la ana citer sket..

Kisahnya, tentang seorang budak kecil yang tiada ibu dan ayah, dia merayau2 di kampung dan suka buat nakal..orang2 kampung memang tak suka dengan Xiao Yu dan memanggilnya ‘Sow Chai’ @ budak jahat! Tapi akhirnya ‘Xiao Yu’ mati dibunuh perompak ketika cuba menyelamatkan penduduk kampungnya. Ketika tengah nazak atas pangkuan ketua kampong yg ala2 ‘macho man’, Xiao Yu pn bagitau, yang dia sebenarnya sunyi sebab tak de mak ayah, jadi dia suka kacau orang kampong ( mejoritinya orang2 tua yang ditinggalkan anak2, sebab orang2 muda semua dah berhijrah ke bandar) supaya mereka selalu ceria dan tak sunyi cam dia….pastu dia pn meniggal dunia..( huhuhu…sedihnya…)

Hey guys…don’t get me wrong ya, walaupun ada lecture yg panggil ana ’Xiao Yu’ tapi ana bukan budak nakal tau!!! ( errr..mungkin agak nakal dalam kelas )

Ana jadikan perkataan ‘XiaoYu’ sebagai trade mark blog ni sebab karya2 di sini adalah bebas dan tak terikat dengan sebarang tema, di sini juga tempat ana meluahkan perasaan dan ‘berenang’ dalam perasaan sendiri.

Sebenarnya ana mula berjinak-jinak dalam dunia blog ni atas galakan seorang teman yang cukup istimewa dalam hidup ana, agak pening memikirkan nama yang sesuai, dan selepas beberapa hari berfikir dan mencari, maka akhirnya terhasillah ‘XiaoYu’ yang kini menjadi tatapan sababat2 semua..So geng bloggerS...Terima kasih sudi ziarah..

Salam dakwah with love!!
Jazakallah khair kathir!


Jangan lupa memberikan sedikit komentar ye!!

This entry was posted on 3:10 PM and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 Komentar

Cantik la blog anti.
Buat sendiri ke??
kalau buat sendiri memang padan la dengan gelaran Shi Xiou Yu..
Seorang makcik yg suka berdikari..
Ha ha(gelak jahat)

Post a Comment