Enoch ya edreesy ( part1 )

BAB 1

“Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum, insyaALLAH, kepada sahabat-sahabat warga SMK St Columba, anda di jemput hadir ke surau untuk sama-sama kita membaca yasiin, semoga kehadiran sahabat semua membuka pintu rahmat dan keberkatan dariNya..wallahu’alam” gemersik suara halus bergema di segenap penjuru bumi SMK St Columba.

Serentak kedengaran pula alunan zikir yang memecah keributan para pelajar yang baru pulang dari padang, memang kebanyakan pelajar sekolah elite itu terdiri daripada atlet daerah dan negeri, jadi tidak hairanlah tatkala dinihari, masih ramai yang berkeliaran di padang dan gelanggang sukan…


Namun suasana petang khamis itu sedikit berbeza, alunan zikrullah dari kumpulan nasyid hijjaz yang berkumandang dari bilik PA system, seolah memecah tradisi.

Sudah beberapa tahun tiada upacara berbentuk keagamaan berlansung di sekolah yang baru setahun diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Miri dari pengurusan gereja Miri itu

Ada yang berpandangan sesama sendiri, tertanya-tanya istimewa apakah hari itu, namun tak kurang juga yang lansung tidak ambil peduli, dan rasanya tidak mahu ambil peduli tentang apa yang berlaku di sekitar mereka. Sikap individualistik begini bukanlah asing di sebuah Bandaraya seperti Miri yang kaya dengan hasil bumi, namun masih ketandusan ‘cakna’ dan ‘peduli’

Perlahan kakinya melangkah keluar dari bilik gerakan sekolah, diatur geraknya penuh tertib, quran kecil berkulit hijau lembut digenggam kuat, seketika kemudian…

“ eh awak….” Seorang pemuda cina lengkap berbaju sukan bersuara separuh menjerit, si gadis menghentikan langkahnya

Inderanya menangkap sebuah kelibat berbadan sasa di hadapannya, serentak pandangannya di layang kebawah

“ awak guna mikrofon pejabat atas kebenaran siapa?” pemuda itu menyambung sambil pandangan tajam si jejaka seolah menelan raut wajah yang tenang itu

“ Ustaz, Ustaz Zul ”

“ Setahu saya yang bertugas minggu ni, Cikgu Awang dan Cikgu Moi, awak perlu minta kebenaran cikgu yang bertugas, bukan boleh minta kebenaran sesiapa sesuka hati”
suaranya ditekan, ketegasan Enoch Lee Sidumin, Ketua pelajar, kacukan Cina Dusun itu memang sudah diketahui ramai

Namun dia tetap menjadi kegilaan kebanyakan pelajar perempuan di SMK St Columba kerana mewarisi wajah kacukan, dan ketangkasannya di padang hoki.

Amni menarik nafas, istighfar dialun membasuh hati, agar tidak ‘terbakar’ dengan teguran kasar pelajar didepannya itu

“ Maaf, saya tak tahu, insyaAllah nanti saya minta kebenaran guru bertugas minggu ni”

“ Kalau tak tahu jangan pandai-pandai, lagi satu awak tak boleh sesuka hati pasang muzik yang awak suka, setiap manusia berbeza, kecenderungan juga berbeza, jadi muzik yang awak suka tak semesti sesuai dengan semua, faham?!” Enoch seolah memberi arahan, namun kini suaranya lebih tenang, mungkin letihnya dipadang sebentar tadi sudah beransur hilang.

“Tak!”

“Tak?” Enoch tersentak

“Tak faham…saya tak nafi setiap manusia itu berbeza, tapi jumlah pelajar islam dan bukan islam disini hampir ‘balance’, jadi saya rasa..tak ada masalah untuk saya pasang zikir sebab kami orang islam hanya ada satu tuhan, jadi tak kira kami berbeza dari aspek mana sekalipun, zikir, pujian kami hanya pada tuhan yang satu” Amni berbicara panjang lebar, nadanya tidak lembut, tidak juga kasar, sederhana, cukup sederhana

“ Awak tentu Amni Kamila kan, saya pernah dengar kehebatan awak berkhutbah pada budak-budak surau, tapi awak tak perlu berkhutbah pada saya, peraturan tetap peraturan, dan saya takkan benarkan awak langgar peraturan yang telah ditetapkan, tidak awak dan tidak saya….” Walau terasa dicabar, Enoch masih bersuara tenang, dia berasal dari keluarga baik-baik, keluarga bangsawan kristian yang diajar bergaul dengan hemah

“ Peraturan mana yang tak membenarkan saya pasang zikir ni…boleh awak jelaskan sikit?”

“Setiap pelajar harus tahu dengan peraturan sekolah, awak sepatutnya lebih jelas…”
Enoch menegaskan tuturnya, dicedoknya kembali kata-kata pengetua dalam perhimpunan pagi tadi, sebagai penegas hujah. Sungguh, hati lelakinya sedikit tercabar

“ Jadi…saya harap awak jelas, dan saya tak mahu perkara macam ni berlaku lagi”

“InsyaALLAH”

“InsyaALLAH itu janji awak dengan tuhan awak, saya nak awak janji dengan saya…” Enoch minta kepastian, dia sering mendengar kawan-kawan melayunya melafazkan perkataan insyaALLAH, dan kemudian mengingkarinya, alasan mereka, itu janji dengan tuhan bukan janji dengan manusia, jadi tiada masalah untuk melanggar janji yang dibuat dengan manusia

“ Bila saya janji dengan ALLAH, maka janji itu lebih wajib saya tunaikan dari saya berjanji dengan awak…lagi satu, Herculis pernah kata, peraturan itu dicipta untuk menjaga tertib masyarakat, tapi kalau peraturan itu membataskan hak masyarakat, maka ia tidak lagi relevan untuk jadi satu peraturan….saya pergi dulu” Amni mengangkat sedikit mukanya, yang pasti wajah putih bersih itu bertukar merah seolah urat darahnya turut sama mendidih merona kemarahannya

Memang dia tegas bila bab ketuhanan dipertikaikan, baginya hal ketuhanan adalah persoalan tauhid yang perlu kefahaman, bukan boleh dibicara sesuka hati tanpa ilmu.

Langkahnya diatur laju, adab seorang muslimah perlu dijaga, tidak manis rasanya kemarahan dibiarkan menguasai perlakuannya, terutama dihadapan seorang pemuda bukan islam.Dia teringat kata-kata Ustaz Aziz, dalam banyak hal amarah harus diketepikan, bila kita memilih untuk memakai pakaian islam, maka kita telah pun memilih untuk menjadi pembawa imej islam

Enoch seolah terkedu, entah mengapa pandangan sekilas gadis bertudung labuh itu berbekas di minda, matanya yang tajam itu membuatkan dia tak tentu arah, pipinya yang bertukar kemerahan itu betul-betul mengganggu fikirannya

“ Marahkan dia?...arghh…non of my business” dihentikan monolognya, masih banyak yang perlu difikirkan, perlawanan hoki antara daerah akan berlansung kurang seminggu,

Sebagai kapten pasukan gergasi Daerah Miri, dia perlu lebih fokus untuk merancang stategi perlawanan, lebih-lebih lagi dalam perlawanan peringkat negeri kali ni, daerah Miri disenaraikan dalam pasukan A, setentunya mereka akan bertemu pasukan-pasukan hebat, terutama SMK Sibu, musuh tradisi mereka yang pasti bangkit memberi saingan sengit selepas menerima kekalahan tipis tahun lepas.

“Noch..hang buat apa kat sini, puas aku cari hang” sapaan Umar Atiq, teman baiknya yang berasal dari Kedah, Semenanjung Malaysia mematikan lamunannya

“ aku jumpa budak baru yang kau cerita semalam”

“ Budak baru? Amni?” Umar Atiq bertanya penuh minat

“ A’ah…dia tu banyak cakap lah”

“ Dia cakap ikut tempat, kalau dalam kelas jangan harap nak dengar suara dia…tapi dah dengar, memang cair.. ” Umar Atiq terseyum sendiri, wajah gadis itu meresap masuk ke mindanya, meneggelamkan hatinya dalam air kedamaian, sungguh dia rindu pada jasad yang cukup terpelihara itu, dia yakin Amni bukan seperti Syazlin, Dora, bukan juga seperti Fatty yang cantik namun boleh bertepuk tampar dengan sesiapa sahaja,

Sebagai lelaki dia punya ego sendiri, dia mahu sesuatu yang belum pernah disentuh. Dan dia tahu sebagai lelaki dia juga berhak memilih, dan pilihannya kini adalah seorang Amni, ah..betapa damainya wajah itu.

“ Hoi…nya mimpi tok?..sik mok pulang ka ”*

“ Sorry, lupa bah…auk la kitak…” Umar Atiq tersengih, dilajukan langkahnya sehingga seiring dengan sahabat baiknya itu.

Memang mereka umpama belangkas, hampir ke mana sahaja pasti bersama, bentuk badan mereka yang hampir sama itu ada kalanya membuatkan orang keliru, bentuk muka juga hampir sama, bezanya Enoch lebih cerah sementara Umar mempunyai kening lebih lebat, dan jauh lebih ramah.

“ Eh lupa, tadi Auntie Marie talifon,dia pesan suruh kau balik rumah minggu ni” Umar Atiq menyambung


“ Mama aku talifon kau ke?”

“ Yup, masa kat padang lagi, lupa nak bagitahu tadi”

Enoch terdiam, entah kenapa mama kerap sangat talifon Umar kebelakangan ini, bukan cemburu, bukan juga iri hati, baginya Umar Atiq sudah seperti adiknya, cuma dia risau dengan niat mamanya

Mamanya itu seorang pengamal Kristian Ortodoks, mama juga bersahabat baik dengan Pope David, paderi Gereja Piasau yang terkenal dengan kelantangannya mengkritik pengamal agama lain, terutama Islam, dia juga sering mempertikaikan kehormatan gereja Katholik dan Qibti, katanya gereja Anglican lebih rapat dengan tuhan, dan lebih menyamai peranan Jesus.

Ah..dia sendiri tidak faham, dan rasanya tidak perlu faham, cukuplah sekadar datang bersembahyang di gereja setiap Ahad maka dia sudah pun sempurna sebagai pengikut gereja.

“Umar…” Enoch bersuara perlahan

“ Nape…” Umar Atiq mengangkat kening

“ Mama aku ada cakap apa-apa pada kau?maksud aku pasal gereja ke…”

“ Tak pulak… kenapa?...takut mama engkau tarik aku?” Umar Atiq ketawa, dia menghidu bau prasangka pada soalan Enoch, namun dia terdiam apabila melihat perubahan pada air muka temannya itu.

Enoch diam, tidak bersuara, memang tidak patut dia menyimpan prasangka pada ibu sendiri, mungkin juga dia patut gembira jika Umar Atiq dapat menjadi sebahagian dari penganut kristian sepertinya

Namun nyatanya, dia lebih suka Umar Atiq kekal bersama agamanya, dia sendiri pernah berjumpa Pak Syeikh, ayah Syeikh Umar Atiq cukup baik orangnya, dia pernah lihat mereka bersolat bersama-sama, malah suara Umar Atiq sendiri sangat merdu ketika mengalunkan bacaan dari kitab quran, ibu Umar, Umi Siti Khadija juga cukup penyayang orangnya.

Ada kalanya dia iri hati dengan Umar Atiq, ibu dan ayahnya sangat mesra, selesai solat mereka bersalaman dan berpelukan.

Dia akui, walaupun mama masih cantik dan bergaya, tapi mama keseorangan, kakak dan abangnya masih belajar di Kanada.

Jarang sekali mereka pulang, hanya dia yang sering setia melihat mama menangis sejak ditinggalkan papa yang berkahwin dengan seorang perempuan Melayu dari Brunei

Selepas dia tinggal di asrama, mama sering ke gereja, mama mula sibuk dengan urusan gereja, persembahan koir, mengajar anak-anak yatim tajaan gereja, dan kesibukan itu buatkan dia lupa tentang kesunyian, tentang papa, tentang lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.

Ahh.. biarlah mama buat apa yang dia suka, yang penting dia tak perlu menangis lagi…

Kedua teman baik itu berjalan beriringan pulang ke asrama, dan sebagai pelajar masih banyak tanggungjawab yang masih menanti mereka.

Saat itu, mentari sore mula membungkus diri meninggalkan rembulan yang malas-malas menampakkan diri, mungkin kerana terlalu lama beradu di ufuk angkasa…namun Maha Suci Tuhan yang ditanganNya terletak percaturan siang dan malam, tiada ciptaan yang bisa melanggar ketetapanNya, malah bebintang juga tunduk patuh, akur dengan tugasnya, menjadi perhisan yang tergantung di langit malam, tanpa tali, tanpa sandaran, cukup dengan satu pengarahan “ kun fayakun” …jadi, maka jadilah…

Enoch Llee Sidumin
Aspura, Blok Temenggung Jugah

Khamis, 23 mac 2000- 11;40 malam

Cikgu johan minta aku bagi motivasi pada pasukan kami, Najib dan Bee Hoc semakin menonjol, aku yakin tentu kami berjaya kalau prestasi hari ini dikekalkan…

Amni kamila, semalam Umar ceritakan pasal dia, dan hari ini kami bertemu..pakaiannya pelik sedikit, tudungnya besar…orangnya garang…nasib baik cikgu Paula tiada semalam, kalau tak tentu teruk dia dikenakan bekas rahib yang terlebih ekstrem tu..

Malam,kami bertemu lagi di dewan makan, kata Umar dia pakai jubah, jarang-jarang aku lihat gadis muda pakai pakaian begitu, nampak macam penguin..hahaha…

aku nampak dia senyum dengan kawan-kawan dia, tak nampak garang pula…bila aku pandang, cepat-cepat senyuman dia hilang,dia jeling kat aku…ada ke patut..geram betol...aku tengok,dia berkawan dengan semua budak perempuan…agaknya dia tak suka lelaki…tapi aku tahu semakin ramai yang cuba mendampingi dia….terutama Umar yang semakin angau…

mama minta aku pulang hujung minggu ni, mesti nak minta aku tolong pope david sediakan pentas untuk upacara baptis, kata mama ada gadis melayu suku kelabit yang baru convert, aku agak mesti gadis itu miskin, kelemahan orang melayu, mereka tak begitu peduli kebajikan sesama sendiri, jadi mereka yang miskin biasanya akan dapatkan bantuan gereja, dan balasannya mereka sendiri akan convert…ahh ini bukan perkara baru… SELAMAT MALAM SEMUA~

BAB 2

Menjelang tengah hari, pelajar tingkatan 1 hingga 3 sudah mula beredar masuk semula ke kelas, cuma kelihatan dua tiga orang pelajar yang masih berlambat lambat ke kelas, adat dunia, sering melawan ketetapan, kalau jam 7 masuk sekolah, masih ada yang sampai 7.15 pagi, 7.30 pagi, tanpa rasa bersalah.

Anehnya ada juga guru yang tega melakukan kesalahan sama, persis ketam mengajar anak berjalan lurus, dalam dunia hari ini, siapa yang benar-benar lurus, hatta menteri juga ramai yang “bengkang bengkok”.

Enoch yang keletihan merebahkan badannya di dalam surau, menjemur jasadnya yang keletihan dan berpeluh di bawah kipas angin yang berpusing laju melawan arah jam.

Umar Atiq sudah berlalu ke kantin bersama pemain hoki lain, latihan yang berlangsung sedari pukul 8 pagi tadi, baru sahaja berakhir.

Matanya di pejam, menangkap kantuk sebelum masuk ke kelas. sudah banyak subjek yang ketinggalan kerana latihan sepanjang minggu ini.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi suara halus di balik tirai pelajar perempuan,
aneh..sudah 3 tahun dia meluangkan waktu rehatnya di surau itu, namun jarang sekali ada pelajar yang menjejakkan kaki ke surau waktu-waktu begini.

“Ah, none of my business” dipaksa matanya pejam, namun perbicaraan yang sedang berlansung di balik tirai nipis berwarna putih itu, seolah berada rapat benar dengan telinganya, lalu dibiarkan sahaja telinganya tertadah menerima hujan perbicaraan di sebelah sana.

“ Kak Amni, sambung la kisah Nabi Idris kak, suka la dengar pasal dia, rupanya Nabi Idris tak wafat ye kak, tapi di angkat ke langit?”

“ Betul dik, Nabi Idris berkawan dengan malaikat maut, sebab malaikat maut sangat kagum dengan amalan kebaikan Nabi Idris yang naik kelangit tak henti- henti, tau tak, Nabi Idris adalah pakar matematik dan manusia pertama yang memperkenalkan pakaian berjahit ” Amni tersenyum melihat rakan-rakannya terlopong penuh minat

“…hasil jahitannya di bahagikan kepada orang ramai termasuk fakir dan miskin, setiap kali dia menyucuk jarum ke atas kulit atau kain yang dijahit, dia melafazkan zikir Subhanallah. Dari pagi sampai petang, mulutnya bertasbih, jadi adik-adik bayangkan, selagi tangannya memegang jarum maka komputer pahalanya berjalan, sebab tu malaikat maut teringin untuk kenal, siapa agaknya makhluk yang begitu banyak amalannya.Lalu ALLAH membenarkan malaikat maut turun bertemu Nabi Idris.” Tenang dan bersahaja suara Amni menerangkan, sesekali terdengar bunyi ketawanya yang lembut dan perlahan

Satu persatu soalan timbul, dan akhirnya suara Imah, rakan sekelas Enoch menyoal,

“Kalau macam tu Amni, malaikat maut tak cabut nyawa la sepanjang dia jumpa Nabi Idris yea” soalan Imah memancing minat Enoch untuk terus mengikuti bait perbualan mereka, malah dia juga terfikir soalan yang sama tatlaka mendengar cerita Amni sebentar tadi, jika betul malaikat maut bertemu dengan Nabi Idris, siapa yang melakukan kerja-kerjanya mencabut nyawa

Enoch mula memasang telinga, kantuknya hilang sama sekali, peluh di badannya juga mulai kering membuatkan dia lebih selesa.

“ Haa…Nabi Idris pun tanya soalan yang sama dengan Imah…bagus ” Imah, yang berbadan agak gempal dan tidak ramai kawan itu, tersipu malu.



“ macam ni, malaikat maut kata, baginya menghadapi dunia yang penuh dengan makhluk bernyawa, ibarat manusia yang sedang menghadap makanan sahaja, tidak sukar baginya untuk lakukan segala kerja sepantas kilat, lagipun dia telah mendapat izin ALLAH terlebih dahulu, maka tidaklah sukar bagi ALLAH memudahkan urusan sesiapa yang dikehendakiNya..” Amni bersuara lagi sambil tangannya membelek kitab tulisan Ustaz Subki Latif, antara pengarang kitab sirah moden yang cukup terkenal.

“ Ish…nanti Natalie nak cari boyfriend nama Idris lah, mesti baik macam Nabi Idris kan” kata-kata gadis suku Melayu Kedayan itu memecah tawa gadis-gadis yang sedang asyik dalam halaqah itu.

“ Eh, tak semua yang nama Idris tu baik macam Nabi Idris” Amni menyampuk, masih ada sisa tawa di hujung kalamnya

“ kat St Co, tak de nama Idris kan?”

“ ada..” Amni menjawab ringkas, pelajar lain menunjukkan minat, kerana sepanjang mereka di bumi St Co belum pernah mereka mendengar ada pelajar bernama Idris

“ dalam kitab tafsir, nama sebenar Idris ialah Akhnukh, ada yang menggelarnya Raja Oziris kerana dia yang membangunkan Tamadun awal Mesir, dia digelar ‘Idris’ kerana dia sangat tekun dan pandai belajar, Emm..dalam kitab Kristian dan Yahudi, Nabi Idris dikenali sebagai….Enoch” semua yang ada di situ terkejut, malah Enoch sendiri terkejut, matanya spontan terbuka

“ yea ke…kalau macam tu mesti Nabi Idris hansem macam Enoch kan” kata-kata Natalie yang agak nakal itu dipersetujui oleh rakan-rakannya

“ tak lah….” Amni bersuara keras

“ mana ada, Nabi Idris tu baik, terang- terang dia Nabi Allah, mustahil untuk samakan dia dengan Enoch tu!”

“Ala akak ni, jangan la marah…akak tak suka Abang Enoch yea” gadis-gadis lain mula mengusik.

Jarang Amni memberi respon bila nama-nama pelajar lelaki disebut, tapi kali ini raut wajahnya yang sentiasa tenang itu bertukar marah, namun sikap berlemah lembut,masih menebal walau dalam marahnya, menyebabkan perawakannya begitu disenangi.

Walaupun pakaian mereka nyata jauh berbeza, namun akhlaknya mengikat ukhuwah mereka. Benarlah kata pujangga wanita solehah itu tidak hanya mengingati saudaranya dengan lisan , tetapi akhlaknya sendiri sudah mendidik setiap mata yang memandangnya.

“Ringgggg!!!”

Bunyi loceng menandakan tamat waktu rehat bagi sesi kedua, mereka mula bersalaman sambil berpelukan, kalimah “ maaf ” tak lepas dari bibir gadis bernama Amni, sungguh dia takut, dosa antara manusia hanya manusia yang berhak memafkan

Seketika kemudian, hanya tinggal Amni yang masih sibuk melipat telekung yang digunakan selepas Sunat Dhuha

“ Enoch…Si jahat tu…” terpacul kata-kata itu dari mulutnya, peristiwa di luar bilik gerakan masih segar di ingatannya, mana tidaknya lelaki itu tidak habis-habis bercakap tentang peraturan malah menyentuh soal keagamaan, dia menarik nafas, lalu lafaz istigfar terus dialun memujuk hati.


“ saya mungkin jahat, tapi saya tetap hensem kan?” kedengaran suara dari balik tirai

Amni tersentak, dadanya berdebar, perlahan jemarinya cuba menyelak tirai, namun belum sempat jemarinya menyentuh tirai, ia terlebih dahulu di selak, hampir sahaja wajahnya menyentuh wajah jejaka yang betul-betul di hadapannya itu, mata mereka bertaut seketika sebelum sempat Amni menunduk pandangannya.

“ kenapa awak ada kat sini, ni surau kan” Amni mula bersuara, menutup debarnya

“kalau tak datang sini saya tak tau ada orang betul- betul marah pada saya” Enoch cuba menduga, dia tahu gadis itu berdebar, dia nampak seraut wajah yang bertukar merah itu, dan yang penting, buat kesekian kalinya, sepasang mata yang hitam berkaca itu, menjadikan dia tak tentu arah

“ ini surau, bukan gereja” Amni kembali tegas

“ saya tahu..tapi peraturan mana yang tak membenarkan saya masuk ke surau…boleh awak jelaskan sikit?” Enoch tersenyum sinis, dia pernah tanya Pak Syeikh samada orang bukan islam dibenarkan berada di dalam surau, dia juga terlebih dahulu meminta izin Ustaz Zul untuk berada di dalam surau, dia tahu hal agama bukanlah hal yang boleh diremehkan

“…lagi satu, setahu saya peraturan itu dicipta untuk menjaga tertib masyarakat, kalau peraturan itu membataskan hak masyarakat, maka ia tidak lagi relevan untuk jadi satu peraturan”

“tapi…awak…” Amni bersuara putus-putus, dia kehilangan hujah, entah kenapa kalamnya tandus.

Enoch mencuri pandang wajah dihadapannya itu, diamati tiap penjuru wajah itu dan sungguh…damai menyapa di jiwa lelakinya

Amni lantas berdiri, matanya tiba-tiba berkaca, tidak pernah ada lelaki yang begitu berani menatap wajahnya sedekat itu, sebagai gadis muslim, dia rasa tidak dihormati, marah dan takut bercampur, jantungnya berdegup kencang saat mata mereka bersatu, bibirnya bergetar ketakutan

“Ehh…Amni…janganla nangis…saya bukan sengaja…” Enoch mula panik, dia cuba mendapatkan Amni yang pantas berlari meninggalkannya. Namun langkahnya terhenti bila melihat kelibat Umar Atiq menghampirinya

“ Hoi…engkau ni kenapa? Tadi janji dengan aku nak datang kantin, lama aku tunggu” Umar Atiq memulakan bicara, tangannya menepuk bahu temannya itu

“ Noch..aku cakap dengan kau la..kau kenapa?”

“ sorry, aku…tak ingat la” Enoch cuba berdalih, dia tersenyum sambil sama-sama melangkah ke kelas.

Umar Atiq mula rancak bercerita, namun satu pun tidak didengar, mindanya masih memikirkan Amni, ingin sahaja di cari gadis itu di kelas, paling kurang untuk memohon maaf, namun rasionalnya segera menghalang, tiada gunanya mengeruhkan keadaan, mungkin Amni perlu bertenang

Enoch memujuk hati, namun hasilnya, hanyalah rasa gelisah yang semakin memuncak, kelibat si gadis berkali kali hadir di minda, beberapa kali kedua tangannya meraup wajah, dengan harapan bisa memadam visual semula jadi itu, namun kekacauan semakin berlagu rancak.

Umar Atiq disebelahnya seolah tidak wujud, dia tenggelam dalam dunianya, dunia yang dipenuhi bayang si gadis

Seketika kemudian mereka melalui kelas 5 sains 1, matanya mengintai mencari kelibat Amni, namun lansung tidak ketemu

“ kemana dia?” bisik hatinya

“Eh, Amni tak masuk kelas lagi lah, jarang dia masuk kelas lewat” Umar Atiq tiba-tiba bersuara.

Enoch sekadar mengangguk, hampir dia terlupa betapa teman baiknya menyukai gadis itu

“ Engkau kenapa?”

“ Kenapa apa?” Enoch seolah tidak mengerti, sengaja.

“Yela..nampak macam angau je..kata aku angau kat Amni, kau tu lagi teruk..awek mana dalam hati member aku ni?” Umar Atiq tersengih, cuba menduga, dia tahu bukan senang temannya itu jatuh cinta, mungkin dia sedang risaukan ibunya, lagipun Enoch memang sayangkan ibunya

“Ish, jangan merepek la…jom masuk kelas” diabaikan sahaja soalan Umar Atiq, takut memerangkap diri, dan dia lebih takut andai kegusaran dalam hatinya itu hasil dari benih cinta…

“ah mustahil, aku takkan sukakan gadis melayu, lebih mustahil lagi gadis islam” dilontar jauh kemungkinan itu, terlalu banyak masalah yang akan timbul, lagipun mama pernah berpesan, dalam dirinya mengalir darah kristian tulen yang perlu dipertahankan.

“duhai hati, berhentilah bergetar..”

Sampai sahaja di dalam kelas, masing-masing mula mengambil tempat sehingga Abdullah Azam, ketua kelas yang cukup dedikasi masuk ke kelas, dan memulangkan buku latihan amali fizik, katanya Cikgu Moi sudah bersalin dan guru ganti hanya akan datang minggu depan,

Pelajar bersorak dan mula beredar dari tempat masing-masing, mereka tahu biasanya jika cikgu ada urusan , kelas 5 sains tidak akan diganti oleh cikgu lain kerana kelas mereka kebanyakannya terdiri dari pengawas, jadi keadaan kelas biasanya masih terkawal.

Sebenarnya sudah ramai yang membantah keadaan ini, mana tidaknya bila majoriti pengawas di pilih dari satu kelas sahaja, maka akan berlaku ketidak seimbangan, kelas hujung akan menjadi tersangat bising kerana mereka kurang kawalan , cikgu akan mengalami masalah untuk mengawal pelajar, lalu menganggu proses pengajaran

Di kelas depan pula, pelajar yang pandai hanya berkawan sesama mereka, cikgu akan syok sendiri kerana rasa mereka pandai mengajar sedangkan pelajar memang sudah “selected” .

Dan sepanjang Enoch menjadi Ahli Majlis Tertinggi Disiplin, sudah banyak kali isu keseimbangan ini dipertikaikan, namun tak siapa yang betul-betul mengambil berat dalam mencari jalan penyelesaian.

Tiba-tiba sekeping kad berwarna hijau muda dicampakkan keatas mejanya, Enoch mengangkat kepala, Umar Atiq tersengih. Enoch mengangkat keningnya, meminta penjelasan, bau wangi dari kad sederhana besar itu menusuk hidungnya

“ aku dah nekad, aku nak melamar dia…” Umar Atiq bersuara serius

“ lamar? Amni? ” Enoch separuh menjerit

“ dialah, sape lagi buah hati aku...”

“ kau…betul ke serius dengan dia Umar?” enoch bersuara lemah, ada nada risau pada lantun katanya.

“ serius la…tapi bukan lamar nak kawin, aku nak lamar dia jadi girl aku dulu ” kad kecil itu diambil kembali dan di letakkan di dadanya, dia berlagak seperti seorang pujangga, dan kemudian tawanya berderai

“ so… sebagai kawan baik aku apa pendapat kau?” Umar Atiq bersuara lagi bila tiada respon dari sahabatnya itu

“ err…cakap la kat dia” Enoch tersenyum, dia sendiri tak pasti senyum itu ikhlas atau dipaksa

“ mestilah…aku takut terlepas Noch, dia satu dalam seribu..” Umar Atiq mula memasang angan, sungguh dia terpaut pada penampilan dan kecantikan gadis itu, cantik luar dan dalam.

Enoch memandang temannya itu, nampak kesungguhan pada riaknya

“ kenapa pandang aku macam tu? tergoda I tau…” Umar Atiq beraksi seperti seorang nyah, dan keduanya ketawa, mesra terasa mencubit perasaannya
Lantas dia sedar betapa persahabatan itu terlalu bernilai untuk di tukar ganti dengan apa sekalipun, tidak harta,tidak juga cinta..

“Umar…aku harap kau dapat dia..”

“ thanks a lot brother ”
________________________________________________________________________
“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara “
Al-hujurat : 10

BAB 3

Umar Atiq terintai-intai di luar pagar, hampir jam 7, namun kelibat Amni masih tak kunjung tiba menyemai sesak di dada, sungguh penantian itu membuah seksa, di selak buku catatan denda di tangannya,

Dia tersenyum melihat kad hijau muda yang sengaja diselit di balik buku itu, segalanya dirancang teliti, sengaja dia menukar jadual bertugas menjaga pintu pagar sekolah dengan Enoch, dia mahu jadi orang pertama yang menjemput Amni masuk.

Hatinya berdebar tatkala kelibat si gadis mula memasuki perkarangan sekolah

“ Assalamualaikum…Amni…” Umar Atiq mula menyapa bila gadis itu berjalan melewatinya

“ Waalaikum salam” Amni berpaling, langkahnya dimatikan, beberapa teman yang turut sama dengannya juga berhenti

“ Nak bagi awak ni..baca yea” kad hijau muda itu dihulur, sengaja dia pilih warna hijau muda, hampir sama warnanya dengan quran kecil yang sering di bawa amni, seulas senyum terukir di bibirnya, dia tahu Amni tak kan balas senyum itu, dia tidak berkecil hati, malah dia menghormati sikap gadis itu yang menjaga lakunya.

“ Abang Romeo, kereta cikgu nak masuk tu, mengayat sampai tak ingat dunia ” Natalie tersenyum mengusik, Umar Atiq membalas senyum itu sambil berlalu dan menunjukkan isyarat tangannya, mengharap mungkin Natalie boleh membantu memujuk jantung hatinya itu.

Gadis yang lain turut ketawa melihat aksi Umar Atiq, mereka tahu Umar Atiq ramah dan pelawak orangnya.

Wajah kacukan Arab Pakistan yang diwarisinya membuatkan ramai gadis cuba mendampinginya, namun dia tidak sombong dan betah menegur sesiapa sahaja, tak kira cantik atau tidak, dia melayan mereka sama.

Di satu sudut kelihatan seorang pelajar lelaki berbaju biru pengawas, lengkap bertali leher memandang kearah mereka.

Beberapa kali dia menarik nafasnya, cuba mengasing campuran rasa yang bercampur aduk di benaknya, sayangnya beban semakin berat terasa, akhirnya langkah diatur tanpa dia sedari ada sepasang mata juga menangkap kehadirannya.

“ Enoch…”

“ Imah,err…nak masuk kelas ?” Enoch berpaling, tersenyum seolah cuba menyembunyi perasaannya

“ a’ah…Enoch dari mana?”Imah membalas senyum

“ saya…nak masuk kelas juga ”

“ maksud Imah, dari mana…” Imah menekankan soalanya, dia tahu Enoch berpura-pura tidak menjawab

Enoch memandang tepat ke arah Imah, seolah gadis itu mengetahui sesuatu

“ maaf, semalam Imah tertinggal buku di surau, bila Imah patah balik, Imah nampak Enoch dengan Amni…” imah mula bersuara jujur, dia dapat rasakan ada sesuatu diantara mereka, dan seperi yang dijangka pengakuan itu membuah cemas jejaka dihadapannya itu.

“ Imah sebenarnya….” Enoch kematian kata, dia sendiri tak tahu bagaimana harus diteruskan

“ sebenarnya Amni tak kan lama disini…semalam Imah dah tanya Amni pasal ni, tapi dia tak jawab, dia pesan pada Imah suruh Imah jaga diri, ayah dia balik bertugas di Miri sementara aje, lepas ni ayah Amni akan bertugas di kedutaan Jordan, semalam dia dah dapat surat secara rasmi…Amni pesan jangan cakap pada siapa-siapa ” Imah terdiam seketika

“ Imah sedih masa Amni bagitahu semalam…Amni baik dengan Imah, kali pertama ada orang layan Imah sebaik Amni…” Imah menahan sebak

“ Imah..jangan macam tu, mesti Amni sedih kalau dia tahu awak sedih macam ni”

Enoch cuba memujuk, memang dia perasan Imah tak ramai kawan, namun dia tak begitu ambil peduli, betapa sebagai kawan, dia mementingkan diri.

“ tak pe lah, Imah tak apa-apa…semalam Amni balik awal ke asrama, dia dah
kemas-kemas barang…kalau Enoch nak cakap apa-apa pada dia, baik cakap cepat…Imah pergi dulu yea..”

Imah segera berlalu tatkala bunyi loceng mula membingitkan telinga, meninggalkan Enoch yang masih bermain dengan perasaannya.

Tiba-tiba kelihatan kelibat Amni dan rakan-rakannya berjalan kearahnya, Enoch beralih ketepi dinding, membuka ruang kepada sekumpulan gadis tersebut , sempat matanya mencuri pandang ke arah Amni yang seperti biasa menunduk kebawah, namun dia tahu…gadis itu sedar kehadirannya,dia tahu…

Bila mengingatkan apa yang dikatakan oleh Imah sebentar tadi, hatinya sebak, bila-bila sahaja gadis itu kan hilang dari pandangannya
“ kalau Enoch nak cakap apa-apa pada dia, baik cakap cepat…” Sekali lagi bait bicara Imah menjengah kotak sedarnya

“ bukan saya tak nak cakap..banyak yang saya nak cakap, tapi tak terlafaz..lagipun… dia tak sukakan saya…” Enoch menjawab, namun kata-kata itu ditelan tanpa sempat dilafaz, nafasnya dihembus kasar

“ Amni Kamila..kenapa perasaan ni begitu sukar, mungkin dari awal lagi kita tak harus bersua, berdebat, berhujah…atau mungkin lebih baik kita tak saling mengenali …jadi aku takkan buatkan kau menangis dan aku juga…. takkan menyayangi ”…akhirnya perasaan itu harus diakui.

Memang dia tak sanggup kehilangan Amni, namun untuk memiliki, terlalu banyak yang perlu di cagar ganti, persahabatan, kesucian agama, segalanya harus dipertimbangkan dan akhirnya dia pasrah, biarlah keikhlasan takdir yang berbicara.

Kakinya menghayun langkah ke kelas, terasa berat namun tanggungjawab harus di laksanakan, dia bukanlah lelaki lemah yang kalah pada perasaan, tewas pada kehendak hati, dia lelaki yang diciptakan untuk memimpin, dia masih ingat, dalam Bible sering menggambarkan sikap memimpin Jesus sehingga dia begitu dihormati oleh sekelian umat, dan sebagai lelaki dia perlu pandai memimpin perasaannya.

Sepanjang hari, hujan mula turun lebat dan semakin lebat, selaku kapten pasukan, Enoch memberi arahan agar latihan sesi pagi dibatalkan, semua pemain mula melangkah masuk semula ke kelas selepas taklimat pendek di depan stor peralatan dan sukan.

Sesi pelajaran sudah bermula, namun belajar dalam cuaca yang lembut dan lembap seperti itu pastinya memungkinkan dua keadaan, selesa sehingga mengundang kantuk, atau mungkin juga membangkit semangat.

Sedaya upaya, Enoch menuangkan fokusnya pada setiap ilmu yang terhidang di depannya, namun sesekali dia memandang kearah Umar Atiq yang nampak begitu semangat, mungkin tidak sabar menunggu jawapan Amni

“Lupakan Enoch, dia tak kan lama disini, biar mimpi itu pergi…ahh..bagaimana agaknya reaksi Umar Atiq jika tahu Amni akan pergi ”

Di luar, hujan semakin lebat, lansung tiada tanda akan berhenti, kebanyakan cikgu hanya meninggalkan kerja dan tidak banyak sesi kuliah, masing-masing tunduk, tiada kuasa melawan bunyi deruan hujan yang kuat, sungguh hujan yang asalnya dari air yang tenang sifatnya, mampu menghasilkan bunyi yang begitu garang sehingga menguasai seluruh bunyi alam.

Ada kalanya dunia ini penuh perkara yang tidak terfikir dek akal, dia teringat satu perkataan yang tertampal di dinding surau

“ sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi peredaran siang dan malam ada tanda-tanda bagi orang yang mahu berfikir”

Walaupun seorang penganut kristian, dia tetap akui ada kebenaran pada ayat itu, lagipun mengikut sejarah, terdapat beberapa persamaan antara Kristian dan Islam,

Dia sendiri pernah membaca terjemahan Al Quran yang ditinggalkan dalam surau,
dan sungguh, dia sendiri terkejut kerana Al Quran juga ada menceritakan tentang Injil, Jesus, Jibril, dan Mother Marie , namun bila ditanyakan pada Pope David, dia dimarahi dan diminta bersumpah supaya tidak sekali-kali membuka Al Quran lagi.

Lamunannya terhenti bila bahunya di tepuk, Umar Atiq berdiri di tepinya, sambil menggalas beg, dia meneliti jam di tangan, baru 12:05 tengah hari

“ 12:05 baru kan?”

“12:05 baru? Hari ni hari lima ( jumaat) bah..”

“ a’ah, lupa..” Enoch menepuk dahinya, hampir terlupa, Hari Jumaat orang Islam perlu ke masjid, jadi waktu pulang di cepatkan, beberapa buah buku yang masih berselerak diatas meja lantas di susun dan dimasukkan ke dalam beg.

“ Enoch..kali ni aku tak kira, aku nak kau teman aku ” Umar Atiq tersenyum lebar

“ teman? Pegi sembahyang jumaat ? Kau gila? Nak kene tembak dengan Pope David ?” Enoch berseloroh, dia tahu Umar Atiq takut dengan Pope David yang kurus kelengking tapi cukup garang itu

“ wooooo…tak lah, jangan la sebut nama orang tua tu masa-masa gembira ni, nak terkemeh ( terkencing ) aku..”

“ gurau bah, mok pegi mana?” beg yang telah di zip itu diangkat dan di galas pada kedua bahunya

“ teman aku jumpa Amni, aku cakap nak dengar jawapan dia sebelum balik” Enoch terdiam, resah mula menyerang kamar hatinya

“ eh, aku laparlah Umar, tak makan rehat tadi..kau pergi lah jumpa dia, nanti aku mengganggu pulak” Enoch memberi alasan, tak sanggup rasanya dia mendengar jawapan Amni, kalau dia terima, pasti gugur jantungnya saat itu juga, tapi kalau dia tolak tentu Syed kecewa, bagaimana dia sanggup melihat Umar Atiq dirundum kecewa

“ kau kawan aku tak?”

“ soalan apa ni? Mestilah..”

“ kalau kau anggap aku kawan kau, teman aku…kau kekuatan aku Noch..jom la” Umar Atiq bersuara perlahan, dia tahu sahabatnya itu bersungguh

“poyo lah…. buat sedih la pulak, jom la aku teman” akhirnya dia akur …duhai hati tabahlah kau, atas nama persahabatan ini, tenanglah …

Umar Atiq tersenyum, dua teman itu beriringan meninggalkan kelas, sehingga akhirnya mereka berhenti di satu sudut bacaan di hujung kantin, seketika kemudia muncul kelibat Amni, Natalie dan Imah.

Terukir senyum di bibir Umar Atiq, Enoch berundur beberapa langkah kebelakang, memberi ruang kepada pasangan itu, matanya menangkap pandangan Imah, Imah menggelengkan kepala, dia tahu mungkin Imah fikir dia takut untuk berterus terang, mungkin Imah fikir dia lelaki yang lemah, tapi apa yang mampu dia lakukan lagi?

Wajah Amni di renungnya dalam, sehingga akhirnya gadis itu bersuara

“ terima kasih atas surat awak, dan ini jawapan saya..” Amni menghulurkan sebuah sampul surat yang besar, perlahan Umar Atiq menyambut dan isinya di keluarkan

“ tudung? Apa maksud nya Amni..” Umar Atiq bingung, Enoch juga keliru, apakah permainan gadis ini

“ itulah nilai cinta awak Umar Atiq..” Amni bersuara tenang

“ dalam surat awak, awak kata awak tertarik pada penampilan saya, awak kata tak ramai gadis sekarang yang sanggup bertudung labuh…jadi apa yang saya faham, awak jatuh cinta pada pakaian saya, kalau tudung ini yang menimbulkan rasa cinta awak, ambil lah tudung labuh tu, gantung dalam bilik…” Amni bersuara tegas, baginya untuk bercinta, lelaki itu perlu jelas tentang maksud cinta, dan KENAPA dia bercinta, jika cintanya kerana pakaian, maka dia hanya layak memiliki pakaiannya sahaja.

“ awak kalau tak nak, terus terang aje, tak perlu berkias yang bukan-bukan” Umar Atiq seolah merajuk, tudung di tangannya dicampak ke tanah

“ terpulang pada awak, saya cuma bagi apa yang awak nak…”

“ saya nak awak, saya nak awak jadi teman wanita saya, permaisuri yang akan sentiasa bersama saya, itu yang saya nak Amni ” Umar Atiq mula melembutkan katanya, dia akur dengan kelemahannya yang cepat melenting

“ diri saya bukan untuk dimilik sesiapa, diri saya milik ALLAH, kalau saya sendiri tiada kuasa atas diri saya, apa hak saya untuk serahkan diri ini pada awak..”

“ look, saya tahu awak pandai berceramah, tapi rasanya dalam hal ni, saya cuma mahu jawapan ya atau tidak”

“awak sepatutnya minta jawapan dari tuhan kita, dia yang tentukan ya atau tidak…tapi kalau awak berkeras mahu jawapannya sekarang, dari mulut saya..maaf, jawapannya… tak” diatur tiap bait kata agar tiada hati yang terluka.

“Fine then, thanks a lot!!!…” Umar Atiq pantas berlari meredah hujan, dibiarkan sahaja dirinya dibasahi hujan yang semakin lebat, sungguh dia kecewa, dia tak mahu berdiri lama disitu, takut pilunya bertambah.

Amni menarik nafas panjang, selama ini dia cukup berhati-hati dalam pergaulannya, dia menjaga tiap perilakunya agar tidak menjadi fitnah pada sesiapa, namun hari ini dia telah menjadi fitnah kepada hati seorang lelaki.

Namun dia tahu, apa yang ditakdirkan terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi, ceteknya ilmu manusia menyebabkan mereka tak mampu melihat hikmah itu, melainkan orang-orang yang sabar, sayangnya Umar Atiq bukanlah orang yang sabar.

“tuhan… ampunkanlah dosaku dan dosanya”

Amni mengangkat kepalanya, sekali lagi secara tidak sengaja dua pasang mata itu berpandangan, Amni lantas berpaling, tidak sanggup lagi dia menatap wajah itu, beberapa hari wajah itu menggangu solatnya , menahan khusyuknya

Akhirnya dia tahu, kenapa ALLAH menghalang makhluknya membenci, kerana sayang dan benci juga datang dari hati, sayang akan buat kita mengingati orang yang kita sayangi, benci juga akan buat kita mengingati orang yang kita benci, lantas yang terbaik kembalilah pada fitrah beragama iaitu sederhana dalam setiap perasaan dan perbuatan…sungguh agama itu sebaik-baik penasihat, addeenu an nasihah

Amni membuka payungnya, dan saat ketiga-tiga gadis itu bersedia untuk berlalu, akhirnya tuhan membuka katup bibirnya, spontan nama gadis itu dilafaz keluar
“ Amni….saya harap kita dapat jumpa lagi…”

“insyaALLAH…Enoch… ya Idrisi” Setelah sekian lama terdiam, akhirnya Amni membalas, tanpa berpaling

“ janji awak dengan tuhan awak…wajib awak tunaikan…” sengaja di kuatkan suaranya tatkala gerak mereka semakin berlalu, dia sempat menangkap pandangan Imah yang tersenyum kearahnya, isyarat “thumb up” dari Imah buatkan dia tersenyum lebar, seolah baru melepaskan satu beban yang sangat besar..miskipun gadis itu pasti akan pergi, namun dia yakin, Amni tak kan memungkiri janjinya.

Enoch terus menjadi penonton setia, sehingga akhirnya bayang mereka hilang dari pandangan, meninggalkan dia dan rintik hujan yang semakin perlahan.
Sayup-sayup kedengaran laungan azan dari Masjid At- Taqwa, yang terletak di tengah-tengah Bandar Miri.

Dalam perhitungannya, mungkin Umar Atiq sudah pergi ke masjid, itu yang terbaik kerana Umar Atiq pernah kata, dia sentiasa tenang di dalam masjid, dan dia akan bertenaga setiap kali selepas membaca kitab Quran,malah banyak kali dia melihat sahabatnya itu menangis ketika membaca terjemahannya.

Mungkin perasaan itu sama seperti dia berada di gereja, bezanya dia jarang sekali membuka Injil kerana ayatnya yang agak sukar di fahami dan perselisihan antara “perjanjian baru” dan “ perjanjian lama” sering buat dia terkeliru, tapi dia tak kisah, kerana mama akan selalu membacakan Bible kepadanya jika dia tidur di rumah, mungkinkah juga ada orang islam yang membacakan Al-Quran pada anaknya sebelum tidur.. dia sendiri tak tahu, dan rasanya tidak perlu tahu

Pandangan matanya tertumpu kearah tudung yang dicampak oleh Umar Atiq sebentar tadi. Perlahan dia membongkok, jemarinya mengangkat tudung yang mula basah disapa air hujan yang bercampur tanah, kotoran dari tanah yang mulai lecak di gosok dan di cuci dengan air hujan yang baru turun dari langit.

Dia pasti, jawapan Amni bukanlah semudah “ ya ” dan “ tidak ”, Amni gadis bijak, ada maksud yang masih tersirat, sebenarnya, Amni mahu Umar berdoa dan meminta kepada tuhan jika dia benar-benar mahu memilikinya, kerana hatinya milik tuhan.

Pernah beberapa kali Enoch mencari ruang untuk menerangkan pada teman baiknya itu, namun baran Umar Atiq seolah lebih menguasainya, dia tidak mahu dituduh cuba tunjuk lagak , walaupun Umar Atiq sahabat baiknya, tapi sebagai lelaki dia tahu setiap lelaki ada egonya sendiri, dan dia juga tahu bila dia perlu diam .

Dan saat hari mula berganti, semakin ramai orang yang ditemuinya, namun hatinya tetap merindu seseorang, seseorang yang cukup istimewa namun dia sendiri tak pasti dimana, Imah pernah tunjukkan poskad yang dikirimkan Amni dari Jordan, bersama sekeping gambarnya di depan Masjid Qubah As Sakhra

Kata Imah, ramai orang yang menggelarnya Masjid Al-Aqsar, tapi sebenarnya Masjidil Aqsar bumbungnya berwarna biru sebab itu ia juga digelar masjid biru manakala masjid Qubah As Sakhra berwarna kuning.

Melalui imah dia tahu banyak perkembangan Amni, malah dia sendiri pernah menulis surat pada Amni menggunakan nama Imah, Dirasakan gadis yang garang itu sebenarnya sangat mesra dan lembut orangnya. Semua surat dan poskad yang dikirim oleh Amni di scan dan disimpan dalam komputernya dirumah, tiada siapa yang tahu termasuk Imah sendiri. Malah Raut wajah Amni yang dibekukan dalam masa dan ruang gambar, dijadikan latar belakang dalam komputernya, mujur mamanya tak pernah ambil peduli.

Namun dalam meniti hari, manusia mulai belajar dan seterusnya menerima hakikat bahawa dalam hidup ini tiada yang abadi, setahun berlalu surat dan poskad dari Amni terhenti, tiada lagi kata- kata hikmah dan nasihat dari pujangga arab yang disuntik dalam warkahnya, suratnya yang terakhir hanya tercatat sebaris ayat

“ la takhaf wala tahzan, innallaha ma’ana”

Kata Pak Syeikh, ayat itu dari kitab Quran, maksudnya “ jangan bersedih, dan jangan menangis, kerana ALLAH sentiasa bersama”

Pernah Umar Atiq tanyakan padanya dari mana dia dapat banyak ayat dan perkataan arab, namun Enoch sekadar tersenyum dan menjawab ‘sirr’ , kata Amni dalam suratnya ‘sirr’ adalah perkataan Arab yang bermaksud rahsia

Masa silih berganti, mengundang pelbagai kenangan datang dan pergi, dan setiap kali ada gadis yang hadir dalam hidupnya, dia akan bandingkan dengan Amni dan setiap kali itulah dia rasakan betapa gadis itu hanya satu dalam seribu, setiap kali itu juga rasa kagum dan rindu semakin menebal di dada pemuda kristian itu, dan yang pasti ketegasan dan kebijaksanaan gadis bernama Amni Kamila akan kekal dalam hatinya.

BAB 4

“ hello bie…dah bangun solat subuh?” pecah suara Enoch di corong talifon, gadis yang masih berselimut tebal itu mendengus

“dah…I nak tido la you, bye..”

Enoch terkedu, talian di sebelah sana terus dimatikan, tiada lagi kata sayang, rindu, tiada lagi rasa hormat sebagai suami dari seorang wanita yang di gelar isteri itu. Hangat cinta dan kasih yang terbina dalam ikatan rumah tangga sejak 3 tahun lalu, berakhir dalam beberapa minggu sahaja.

Sejak peristiwa itu…peristiwa kemalangan yang meragut penglihatannya, sehingga dia di ketepikan dalam setiap mesyuarat lembaga pengarah syarikat peniggalan papanya, nasib mama masih sudi membantu anaknya yang pernah di buang ini, anak yang disumpah menderhaka pada agamanya..ah..mama tetap seorang mama, sejauh mana rajuknya dia, akhirnya hanya ibu kristian itu yang masih sudi menemani anaknya yang islam ini

Enoch menarik sejadahnya, perlahan tangannya meraba- raba mencari tiang katil untuk berpaut. Persis anak kecil yang kehilangan ibu, air matanya jatuh mengalir di pipi, kejamnya kau tuhan, kau yakinkan aku dengan kesucian agama ini, namun bila aku berada dalam dakapan agamaMu, aku di tinggalkan sendiri..di kesat air matanya..malu lelaki menangis!

Tiba-tiba kedengaran bunyi suara kanak-kanak menghampirinya, dia tersenyum pasti teman baiknya Imah sudah sampai bersama anak kembarnya, Amni dan Kamila, sepasang kembar perempuan yang sangat aktif dan rapat dengannya.

“ Uncle Enoch!!!” hampir serentak suara anak-anak kecil itu memanggilnya, seketika sahaja kedua kembar itu sudah berada dalam dakapannya.

Dibelai rambut kedua gadis kecil itu, mindanya mencari-cari imbasan wajah Amni dan Kamila yang putih seperti ibunya, namun sangat aktif dan nakal seperti papanya, Najib, anak buah pasukan hokinya.

Dia masih ingat Najib yang sering berada di barisan pertahanan begitu lincah di padang sehingga akhirnya pasukan hoki St Colomba mencatat kemenangan besar menewaskan SMK Sibu. Kata Imah, anak gadisnya yang berdua itu betul-betul mewarisi ayahnya, setiap kali ada perlawanan hoki di siaran ‘Astro sport’ pasti mulut mereka tak henti-henti bertanya sehingga akhirnya Najib sendiri mengalah.

Enoch ketawa mendengar penjelasan kedua rakan sekolahnya tu, dia sendiri tak sangka pertemuan di majlis ALUMNI SMK St Columba 5 tahun lalu menautkan 2 hati itu. Sehingga akhirnya lahir lah sepasang kembar yang menjadi pengubat sepinya.

Ah..kalau bukan sebab Farah begitu mementingkan bentuk badannya, tentu sahaja dia juga sudah bergelar seorang ayah. Namun kerana sayang, dan kerana * pesan nabi supaya sentiasa berlaku baik pada isteri, dia akur untuk membenarkan Farah melakukan perancangan keluarga, lagipun memang seorang pramugari sentiasa perlu menjaga bentuk badan mereka.

“ najib tak datang imah? ” enoch mula bersuara

“abang najib masih di airport, temankan Umar sampai berlepas, dalam 1 jam lagi kot “
Imah meneliti jam di tangannya

“ Eh…tak elok macam tu Imah, kesian Najib sorang-sorang balik nanti”

­­­­­­­­­­­­­­­­­­
* “ mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya ”
( hadis riwayat Tarmizi )
“ tak pe. Kami dah bincang tadi, lagipun Umar harap sangat Imah datang sini, dia takut Enoch sorang-sorang ” Imah bersuara lembut, di tatap wajah lelaki di hadapannya itu, rasa simpati menyapa nuraninya melihat saudara seislamnya itu.

Enoch terdiam, jemarinya terus mengelus rambut kedua anak kecil yang telah tertidur dalam dakapannya itu, mungkin masih belum puas tidur, kata Umar dalam talifon pagi tadi, dia bertolak ke airport sebelum subuh, maksudnya anak-anak kecil ini sudah bangun sebelum pukul 5 pagi, tentu sahaja mereka keletihan

Imah mengambil Kamila, dan meletakkannya di atas katil sambil Enoch mendukung Amni, kedua kembar itu mula nyenyak di atas katil wad kelas VIP, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Selepas kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan 3 minggu lalu, dia masih diletakkan dibawah perhatian rapi pihak hospital kerana dibimbangi akan ada infeksi pada kornea matanya yang cedera teruk akibat tercucuk serpihan kaca.

Imah membantu Enoch duduk diatas kerusi malas dianjung bilik, udara pagi membuah damai, mungkin di luar sana insan masih lena dibuai mimpi, maklum sahaja pagi minggu begini.

Jika 3 minggu lalu mungkin dia juga masih terlena bersama pelukan asmara isterinya dalam waktu-waktu begini, keayuan wajah dan gerak isterinya yang manja butuh perhatiannya, lupakan Dhuha, entah subuh pun dibiarkan berlalu sahaja.

Namun kehadiran Umar Atiq yang sengaja pulang menemaninya banyak mengimbau kenangan zaman persekolahan dan universiti mereka, dia masih ingat tahun kedua di Universiti Pertanian Malaysia mereka mohon tinggal di luar, satu rumah, satu kelas dan satu fakulti menyebabkan mereka bersama lagi

Namun gelagat Umar Atiq yang sering keluar pada waktu malam, membuahkan rasa ingin tahu dihatinya, lalu jejaknya yang pertama dalam usrah di Surau Kolej Serumpun membuatkan dia benar-benar jatuh hati pada agama yang satu itu, indahnya alunan zikir dan dendangan munajat, di sulami tenangnya solat bersama dingin bayu sepertiga malam, mengalirkan air matanya, miski dia sendiri tidak mengerti bait bacaan mereka, namun hatinya tersentuh yang amat sehingga akhirnya tarbiyah Ramadhan menyaksikan ALLAH sebagai Tuhannya dan Muhammad Rasulnya
Sungguh Umar Atiq teman yang sejati, sejak dia memeluk islam, mama menghalaunya keluar, malah beberapa pukulan dari Pope David pernah hinggap di kepalanya, sakitnya pukulan dari tongkat kayu jati itu, hanya tuhan yang tahu

Namun dia sudah pun bersedia, persis Bilal Ibnu Rabah yang dihempap batu besar didadanya, diseret di tengah padang pasir, namun masih tega menyebut Allahu ahad
( tuhanku satu ) seperti itu juga bibirnya ketika itu,pukulan demi pukulan malah sumpahan dan caci maki dari mulut ibu kandungnya lansung dibalas dengan pujian pada Allah kerana sudi menguji.

Sekuat dan setabah Sumayyah yang dibutakan matanya kerana tauhid yang satu, senekad Kabab yang dipanggang sehingga cair seluruh daging di belakang badannya, dan setegas Jaafar Abi Talib yang syahid di belah dua jasadnya di Medan Mu’tah, setetap itulah hatinya dalam memilih islam.

Bukan dia tidak tersentuh mendengar rayuan mama, bukan dia tidak terluka melihat tangisan mama, namun dia yakin dengan keadilan islam, masih terngiang ayat dari Surah Luqman ayat 14, yang dibacakan Umar Atiq ketika dia terlantar kesakitan akibat pukulan Pope David 5 tahun lalu

“ Dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibumu telah mengandungkan kamu dalam keadaan yang lemah dan bertambah-tambah, menyusukanmu dalam dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapamu, hanya kepadaKulah kamu kembali..”

Dalam kesakitan, dikuatkan kudratnya memegang terjemahan Al- Quran, menyemak tafsir bacaan Umar Atiq. Bacaan Umar yang begitu sempurna tajwid dan taranumnya membuatkannya terasa, seolah-olah kalam itu benar-benar ditujukan padanya... dan seterusnya Umar Atiq menyambung dangan ayat ke 15, surah yang sama sehingga air matanya tumpah lagi..air mata lelaki.

“ …dan jika keduanya memaksamu untuk menyekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak kamu ketahui, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya dalam keadaan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali padaKu….”

Sungguh, sempurna dan rapatnya tuhan dengan makhlukNya, lebih dekat dari urat tengkuk manusia, sehingga setiap pemasalahan manusia, setiap keadaan manusia pasti tuhan khabarkan penyelesaiannya dalam kitabNya, sesuailah Al Quran itu digelar kalamullah, yang bererti kata-kata dari Allah.

5 tahun berlalu, sejak dia bergelar muslim, bermakna sudah 7 tahun alam persekolahan ditinggalkan, selepas dia mengahwini Farah Nurul Ilmi 3 tahun lalu, hubungannya dengan Umar Atiq agak renggang

Kata Umar, Enoch belum cukup kuat untuk membimbing seorang gadis muslim yang tidak bertudung dan dibesarkan di tengah masyarakat Eropah itu, malah Umar Atiq sendiri sangsi dengan perihal solat gadis pilihannya itu sehingga akhirnya mereka bertengkar dan Umar Atiq membawa diri ke Gong Kedak, Kelantan, kemudiannya berkhidmat di bawah Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia, sebagai Leftenen di unit pencawang. Memang Umar Atiq orang kuat Kadet Tentera Udara dari UPM lagi.

Awal tahun lepas Umar Atiq mendapat tawaran untuk menyambung Phd dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Rusia, dia mendapat tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia, mungkin untuk jawatan Mejar, dia sendiri tidak pasti, namun sempat mereka berjumpa namun kata-kata Umar Atiq membuatkan dia terkedu “ step on your path my brother… don’t let her own your ‘iman’”.

Mereka bertengkar lagi, dan kali ini lebih hebat lagi sehingga pemergian Umar Atiq ke Rusia pada hari itu menjadi saksi terputusnya hubungan yang pernah terbina, hancur!.

Namun… sungguh, pembalasan tuhan itu pasti, saat dia membuang temannya yang soleh itu pergi, saat dia menagih kasih isteri yang diharap sejati, saat itulah dia mula menyesal

Sepanjang 3 minggu dihospital, Umar Atiq lah yang sentiasa bersama, menjaga dan menagguhkan kuliahnya di Rusia, kalau bukan kerana peperiksaan akhir yang akan berlansung kurang satu minggu, dan kerana permintaan Enoch sendiri, pasti Umar Atiq masih lagi disini, menjadi teman setianya, solat jemaah bersama, ada kalanya Umar Atiq menyuapnya makan dan ukhuwah itulah yang membuatkan dia lupa tentang isterinya yang jarang sekali menjenguk.

“ ehem…jauh termenung…” Najib tiba-tiba muncul, Imah mencium tangan suaminya, mesra, sebagai seorang pensyarah dan ahli tabligh, Najib jarang sekali berada di rumah, namun dia bukan seperti ahli tabligh yang lain, yang hanya mengamalkan ibadah khusus dan meninggalkan ibadah umum.

Dia seorang tabligh sejati, setiap keperluan isteri dan kedua puterinya itu di jaga penuh amanah setiap kali dia keluar dari rumah, dan dari sikap amanah itu maka terbentuklah seorang isteri yang taat, dan dua orang puteri yang solehah, Baitul Rahmah
( keluarga yang penuh kasih )

“ thanks Jeeb, sebab sudi hantar budak-budak ni teman aku ” Enoch bersuara perlahan, bimbang mengejutkan Amni dan Kamila yang sedang nyenyak

“ no big deal sahabat, aku pun kesian juga dengan budak-budak ni nak tunggu lama di airport, lagipin diaorang beria ria nak jumpa Uncle Enoch diaorang ni, kan umi?” Najib berpaling kepada isterinya, sekuntum senyum dihadiahkan buat isteri yang banyak berkorban menjaga anak-anaknya itu.
“ yelah..Enoch rapat sangat dengan budak-budak ni, risau juga, takut terjadi ‘menantu’ kami pulak nanti..” Imah berselorah dan hilai tawa ketiga-tiga teman sekolah tu pecah membelah sunyi

“ eh..mana boleh, ada dua orang ni, serba salah nak ambil Amni ke nak ambil Kamila, takut merajuk pula nanti ” Enoch membalas, memang diakui dia sangat rapat dengan kedua anak kecil itu, sementelah lagi mereka tinggal di perumahan yang sama.

“ Kalau macam tu, ambil aje Amni Kamila…”

Najib tiba-tiba terlepas kata, Imah mencubitnya, satu jelingan menangkap wajah suaminya itu, Najib terdiam

“ Amni Kamila……”

“ dia…..khayalan zaman sekolah aje kan..mungkin dia sebenarnya tak wujud pun..” Enoch tersenyum, hambar…

Wajah itu kembali difikirannya, mata bulat, hitam berkaca itu baginya hanya milik bidadari syurga yang takkkan menjelma dalam kehidupan manusia, datang untuk menipu perasaannya, dan kemudian kembali semula ke tempatnya disyurga.

Dalam menghadapi hidup ini, banyaknya dugaan datang menguji, adakalanya ujian itu pahit, tapi bila ditelan, kemanisannya di luar jangkaan, persis iman yang payah di capai, namun bila digenggam, harumnya melekat tak pernah hilang
Namun ada juga ujian yang datang itu cukup manis, semanis senyuman Amni Kamila, namun bila di telan, ia sebenarnya tersangat pahit, terlalu pahit untuk di simpan, lantas di buang wajah itu jauh dan isterinya, Farah Nurul Ilmi menjadi ganti…namun jauh disudut hatinya, andai Amni Kamila adalah satu khayalan, satu mimpi…ingin dia mohon pada Tuhan, izinkan dia untuk terus tertidur, agar dia dapat terus memasang mimpi…mimpi pada Amni….
BAB 5

“ Encik Enoch Firdaus Lee Abdullah..” sebuah suara garau menyapa pendengarannya, lantas tasbih di tangan dilolos ke bawah bantal, tidak mahu dituduh berlagak alim

“ ya..saya ” Enoch mengangguk, memang itulah nama islamnya kini, sudah hampir 5 tahun, namun nama Enoch di depannya masih dikekalkan.

“ kami mewakili anak guam kami…Cik Farah Nurul Ilmi..” Enoch hanya mendiamkan diri, dia sendiri tak pasti berapa orang yang berada di ‘hadapannya’ kini, kalau di depan, mungkin juga di tepi, kiri, atau kanannya..dia tak tahu

“ Farah isteri saya..wakil untuk apa? You ni siapa?” Enoch bersuara tegas, memang itu gaya percakapannya di pejabat, tegas tapi masih berhemah

“ Saya Amran dari Firma Normandy, Cik Farah Nurul Ilmi klien kami, beliau telah failkan penceraian dengan Encik Enoch , fail ni bertarikh september 11, 2007..” belum sempat peguam muda bernama Amran itu meneruskan baitnya, Enoch memotong, dadanya berdegup kencang mendengar perkataan cerai yang difailkan oleh Farah

“ cerai? Atas alasan apa? Farah mana, let me talk to her! Where is she?” Enoch menepis fail yang diletakkan diatas tangannya, dia cuba bangun namun..

“ Bukk!!!” sebelah kakinya masih tergulung dalam selimut menyebabkan dia terjatuh

Peguam muda itu cuba membantu, namun dia menolak, dia meraba-raba angin sehingga tangannya mencapai kaki katil, dan dengan sekuat tenaga, dia bangun..sendiri.

“ sabar encik, Cik Farah dijadualkan dalam penerbangan ke India, tapi dia akan hadir dalam perbicaraan di mahkamah syariah jika encik nak bawa kes ini ke mahkamah, tapi lebih baik, kalau kes ini di selesaikan belakang mahkamah, memudahkan kedua pihak, lagipun dalam keadaan encik yang..” Amran bersuara lagi, namun dia terhenti, sebagai peguam, dia tetap seorang manusia, kasihan belas pastinya masih wujud di benaknya

“ buta?” Enoch bersuara keras, buah dari pokok hati yang hampa

“ maafkan saya, kami cuma jalankan tanggungjawab…” Amran memerlahankan suaranya, pembantunya Dewi sekadar mendiamkan diri, bukan mereka tidak bersimpati melihat kedua kedua pasang matanya yang buta itu, sekeliling matanya merah dan bengkak menunjukkan keadaannya itu masih baru, malah dahi dan tangan kanannya juga masih berbalut, masing-masing mengeluh, namun bukanlah hak mereka untuk campur tangan, sebagai peguam, siapa yang bayar merekalah yang perlu ‘dibenarkan’

“ apa yang dia tuntut?” Enoch menyambung, dia tahu kes itu takkan begitu mudah, pasti ada tuntutan yang dikenakan perempuan tak guna itu,memang dia marah, tersangat marah, kini dia mengerti mengapa Farah jarang sekali datang melihatnya, malah telefonnya tidak lagi aktif sejak beberapa hari.

“ emm…Cik Farah menuntut villa mewah di Permai Jaya dan Bali serta kereta model Ferrari yang diletakkan di bawah nama beliau serta..klien juga menuntut pembahagian harta sepencarian…” Amran menbacakan fail kuning di hadapannya, tertera foto kecil gambar Farah dan segala tuntutannya, cantik orangnya tapi sayang, hatinya tak seindah tuannya, getus peguam muda itu sendiri.

“ harta sepencarian? Maksudnya?” tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita separuh usia memecah perbualan mereka

“mama?” Enoch kenal benar suara mamanya

“ sayang…” Madam Marie menyentuh rambut anak lelakinya itu, hatinya sayu mengenangkan nasib anak bongsunya itu, raut wajah menantunya memenuhi ruang amarahnya.

Setelah pasti, wanita yang baru sampai itu ada pertalian dengan Enoch, Amran mula menyambung bicaranya, memang etika undang-undang amat ketat, kes tidak boleh sesuka hati dibacakan di hadapan orang awam atau yang tiada pertalian dengan kes

“ Cik Farah kata, Encik Enoch pernah berjanji untuk menyerahkan 10% dari sejumlah 65% saham penuh encik dalam Sidumin’s Holding”

“ oh…sebagai hadiah ulang tahun kami, ada lagi ?” Enoch tersenyum, ketawa kecil singgah di bibirnya,

“ mengikut fail klien, ini sahaja..”

“ kalau macam tu, bagi tahu Farah, saya akan bertanding secara bersemuka, awak boleh balik” Enoch mula bersuara tenang, dia nekad, mungkin dia buta, tapi dia bukan bodoh, akan dikuatkan langkah kakinya ke mahkamah dalam apa keadaan sekalipun

“ lagi satu, bagi tahu perempuan gatal tu, jangan mimpi nak dapatkan harta kami, syarikat Sidumin milik keluarga, jangan harap dia senang-senang nak ambil!” Madam Marie bersuara kasar, jika diikutkan hati mahu sahaja di tamparnya isteri anaknya itu, marahnya dia pada islam bertambah

“ baiklah, kalau macam tu kami beredar dulu…assalamualaikum” Amran menyentuh tangannya diatas tangan Enoch, seolah mengerti Enoch menyambut salam itu, terasa kuat dan tenang genggaman tangan lelaki buta itu membuahkan rasa kagumnya.

Sebagai peguam dia perlu mengambil kursus psikologi, cara Enoch menyambut salamnya sudah menunjukkan tanda dia seorang lelaki yang berkeyakinan, malah cara Enoch mengawal emosinya juga menunjukkan dia ada daya ‘ leadership yang kuat ’, matanya menerling ketepi bantal, hatinya tersentuh melihat tali tasbih yang kelihatan di balik bantal Enoch. ‘Besar sekali dugaan lelaki’ dia bermonolog sendiri, sambil kakinya melangkah ke luar
_______________________________________________________________________
Diluar hospital, dewi melangkah laju,cuba merapatkan langkahnya disisi Amran, seribu persoalan timbul di benaknya.

“ Encik Amran…saya tak faham kenapa Encik Enoch tergelak semasa encik bacakan, tuntutan Puan Farah?

Amran tersenyum kearah Dewi, peguam Praktikel dari Universiti Darul Iman Malaysia itu, baru sebulan bersamanya

“ saya tak pasti, tapi kalau ikut taakulan saya, 10% syer yang di janjikan kepada Cik Farah adalah janji yang dibuat secara lisan, jadi selagi syer itu tidak dipindah milik secara hitam putih, maka perjajian itu dikira terbatal atau lansung tidak wujud di mahkamah”

“ kalau macam tu, klien kita akan gagal?” Dewi bersuara lagi, dia semakin berminat, baginya kalau dia sudah diiktiraf sebagai peguam, pasti dia tidak ragu-ragu mempertahankan Enoch, dia yakin Enoch dipihak yang benar.

“ tidak juga, kereta dan villa yang telah diletakkan bawah namanya kemungkinan besar akan kekal sebagai hak Cik Farah, kecuali Encik Enoch dapat buktikan perjanjian itu di buat dalam keadaan terpaksa atau ada unsur tipu helah, tapi rasanya…Encik Enoch takkan ambil kisah pasal kereta dan villa tu, semua tu tak sampai 1% gaji tahunan dia.”

“ tapi bagus juga kalau Cik Farah tu tak dapat semua kan…” Dewi bersuara perlahan, takut-takut dia dituduh tidak profesioanal kerana menyebelahi pihak yang dituntut, namun sebagai peguam senior, Amran sekadar tersenyum, memang paguam muda lebih mengikut perasaan, namun segalanya akan berubah bila mereka mula menjadikan profesion guaman sebagai satu sumber pendapatan, ada kalanya tugas akan bercanggahan dengan naluri, tapi bukan simpati yang akan memberi mereka sesuap nasi.

Dalam hatinya dia mula mengagumi lelaki buta itu, benarlah pepatah inggeris yang berbunyi “good seed will always become a good tree ” benih yang baik tetap akan menjadi pokok yang subur walaupun hanya dicampak ke tanah gersang, seperti Enoch, matanya yang buta tidak menjadikan hati dan akalnya buta untuk mempertahankan haknya. Dunia pasti aman jika manusia lebih berhati-hati dan tahu hak mereka.
________________________________________________________________________

Kedua peguam itu mula meninggalkan perkarangan hospital, meninggalkan Enoch yang terduduk kaku, dia baru sahaja selesai bercakap dengan Baihaqi Amin, peguam syarikat, minta di batalkan surat perjanjian pemindahan 10% syer atas nama Farah, Mujur dia masih belum menurunkan tanda tangan, jadi walaupun dokumen keseluruhan telah siap, ia masih boleh dibatalkan bila-bila masa.

Dia melakukan sujud syukur 3 kali, tanda syukur pada tuhan, walaupun dia cacat, tapi dia masih diberi izin dan peluang untuk menghirup udara tuhan, dan dalam pergerakannya yang terbatas, tuhan masih sudi memudahkan urusanannya, dan yang paling penting tuhan masih memelihara hatinya di jalan iman.

Madam Marie memerhati gelagat anaknya itu, dia tidak mengerti mengapa Enoch tiba tiba sujud tanpa sembahyang, dia ingin tahu, namun Pope David pernah berpesan agar dia tidak bertanya hal-hal agama pada Enoch, lantas dikunci lidahnya.

Berkali kali wajah Farah Nurul Ilmi manampar api kemarahannya,Dia masih ingat kali pertama dia menerima kunjungan perempuan itu, dia sendiri keliru,
apa yang islam pada gadis itu, dia tidak bertudung, kurung yang dipakainya juga dari jenis kain jarang dan terbelah sehingga paras paha di bahagian kainnya, arh..tiada beza dengan pakaian gadis kristian yang lain

Farah juga tidak menolak ketika dihulurkan wain, malah dia sempat meneguk sedikit sehingga Enoch menyangka dia yang memaksa Farah minum, akhirnya terjadilah pertengkaran yang besar, dan Enoch tidak lagi pulang ke rumah

“ mama…” pangilan Enoch mematikan lamunannya, Madam Marie tersenyum, tangan anaknya disambut, sungguh dia rindukan tangan yang dingin itu, sejuk dan mendamaikan, tangan itulah yang sering mengesat air matanya, tangan itu juga yang sering memeluknya dulu.

“ jahat orang islam yea Enoch..”

“ kalau macam itu Enoch jahat la ye mama?” Enoch tersenyum ,kasihan ibunya, dia masih belum mengerti

“ Enoch, anak mama, takkanlah Enoch jahat, mama maksudkan Farah, peguam tu, semua jahat, lansung tak ade perikemanusiaan!” Madam Marie meluahkan perasaannya

“ peguam tu cuma jalankan kerja dia mama, Farah pula…di pengaruhi nafsu dia…orang kristian pun ada begitu kan mama..”

“ ohh..moga Jesus maafkan mu anakku…”

“ mama…laparlah, macam ada bau sup je masa mama datang tadi…” Enoch cuba mengubah topik, perbicaraan yang membabitkan agama hanya akan membuahkan pertengkaran, lagipun orang yang belum terpilih melihat kebenaran, cuma akan lebih menyesatkan jika diajak berdebat.

Madam Marie akur, dia juga tidak mahu bertengkar, bukan mudah perhubungan mereka kembali jernih sepeti itu, segalanya kembali baik selepas Firdaus Amar memujuknya datang melawat Enoch.

“ yelah, mama lupa…mama ada bawa sup…sup abalone dengan ketam, macam Enoch suka…ketam tak perlu sembelih kan..” Madam Marie seolah mengejek

“ perlu lah mama….”

“hah…..mama tak tahu, tak boleh makan la ni…” Madam Marie bernada kecewa, tiba-tiba Enoch tergelak

“ mestilah, kene ‘sembelih’ kepit dia tu, kalau tak macam mana nak makan…” Madam Marie mencubit anaknya itu, Enoch berpura-pura menangis akhirnya tawa mereka berderai

Alangkah bagusnya jika Enoch masih anak kecil, tentu Enoch sentiasa mengikut katanya seperti dulu, menemaninya ke gereja, dan selalu minta ditemankan tidur, dia masih ingat anaknya itu sangat manja dari kecil, malah dia tidak pernah meninggikan suaranya, sewaktu dia dipukul oleh Pope David semasa baru masuk islam juga dia tidak melawan, malah mengucup pipinya sambil meminta maaf, namun wajah itu ditampar dan dimaki.

Dia tahu Enoch sedih, namun dalam kesedihan, Enoch tak pernah lupa mengutus surat padanya. Dia tahu Enoch anak yang sangat baik, dan demi mendapatkan kembali anak yang baik itu, dia sanggup lakukan apa sahaja! yang terbaik untuk Enoch pastilah yang terbaik untuknya

Sepanjang hari kedua anak dan ibu itu berbicara tentang hidup, tentang hati, tentang perasaan, dan tentang sayang…sehingga matahari dan bulan juga menjadi saksi saat air mata seorang ibu tumpah menyembah bumi, bagai air yang di cencang tiada putusnya begitu juga sebuah hubungan yang terbina, Maha Suci Tuhan yang menciptakan kasih dan sayang, pelengkap naluri yang paling sempurna.



BAB 6

Mentari mula melabuhkan tirainya, langit malam perlahan-lahan melebarkan gahnya, dan di balik tirai itu, Enoch mula kepanasan, entah kenapa tiap kali selepas solat, dia terasa bahang yang amat sangat, sejak solat Isyak tadi dia mula rasa mengantuk sehingga solatnya betul-betul terganggu, dan akhirnya dia tertidur

Lewat malam itu, dia terjaga kembali. Hatinya runsing tiba-tiba, saat jemarinya menyentuh biji-biji tasbih, bibirnya seolah kelu, hatinya cuba mengingati zikir yang sering dibacanya, namun lansung tidak terkeluar, bagai langsung tidak pernah diamalkan sebelum ini.

Dia cuba bangkit untuk medirikan solat hajat, tapi kakinya seolah berat, malah dia terlupa surah al fatihah! Seolah-olah tidak pernah wujud surah itu dalam hatinya, ah..kacau!! dia kegelisahan, lantas sejadah di lempar dan badannya dihempas keatas katil, matanya di pejam rapat.

Cuba mengingati dimana silapnya, mencari-cari dimana salahnya, hingga akhirnya dia teringat sesuatu…

“ sup….” Mindanya mula ligat berputar, adakah mama masukkan sesuatu, dia teringat tentang air suci, atau holly water yang merupakan tradisi dalam upacara baptis, kata Pak Syeikh, holly water itu jika terminum oleh orang islam akan menggelapkan hatinya, malah ada yang tidak boleh mengucap.

“ mama..” air matanya mula berderai, dikuatkan hatinya , tidak kira betul atau tidak dia diberi air suci, dia percaya air suci tidak lebih sekadar satu alat, berkesan atau tidak cuma dengan izin tuhan…ALLAH..ah, kenapa begitu payah diingatnya nama itu…

Dalam kepekatan malam, Enoch cuba bangun, siang atau malam sama sahaja, yang pasti mata hatinya perlu dinyalakan. Tangannya meraba-raba mencari arah singki, ingin berwuduk, dia mengira kerusi di dinding, selepas melepasi kerusi ketiga, di sebelahnya adalah singki, memang sengaja disusun kerusi itu begitu, memudahkan pergerakannya untuk berwuduk dan membasuh tangan.

Namun ternyata ujiannya tidak semudah itu, lantai di bawah singki yang basah menyebabkan dia terjatuh, dan kepalanya terhantuk pada kepala paip.

“ tuhan…tidak kau uji hamba melebihi upayanya, bantu aku tuhan…jangan kau pesongkan aku selepas Kau beri petunjuk padaku..tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Kau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat…” munajat mula membaja hatinya, mujur dia menghafal terjemahan Al Fatihah, walaupun dia tidak dapat mengingati surah itu, namun dihayati maksud surah itu sedalamnya....

*******************************************

Alunan zikir mula basah di bibir, biasanya Umar Atiq yang akan bacakan zikir mathurat jika mereka bangun tahajjut bersama, dan dia akan ikut perlahan-lahan, dia masih ingat Abang Wan Rantisi, yang juga naqib di surau serumpun UPM dulu, pernah katakan solat tahajud dan bangun di waktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan bacaan di waktu itu lebih berkesan*

Masa baru memeluk islam dulu, dia dapat rasakan betapa dirinya dihargai, hampir setiap hari Abang Wan Rantisi menghantar mesej memberi kata semangat supaya dia tabah menghadapi tiap dugaan yang hadir. Dia juga sering diminta menjadi imam walaupun hanya beberapa surah pendek dalam Al-Quran yang dihafal


* Surah Al Muzammil : 6

Tapi tidaklah sempurna iman, sehingga seseorang hamba itu diuji, dan ujian itu juga perlu dihadapi oleh seorang lelaki bernama Enoch , jika dulu kejahilan menjadikan dia rendah diri, kini * ibadahnya menjadikan dia lupa diri, terasa dirinya begitu kuat, lantas dia memilih seorang gadis metropolitan sebagai surinya, dia percaya dia mampu meluruskan tulang yang bengkok itu dengan iman yang dimilikinya kini.

Betapa dia lupa, Syarm'un al-Ghazi* yang di khianati isterinya, dan kejatuhan Sultan Umar Abdul Aziz yang di gelar mujaddid islam , hanya dengan satu kesilapan, kesilapan memilih seorang permaisuri hati, akhirnya Khalifah islam itu mati diracuni isterinya sendiri.

Di Eropah, sejarah berputar lagi, ramai tokoh barat seperti King John, anak kepada King Henry II dan Eleanor Of Aquitine yang pernah memiliki empayar England, pada era ke 12, akhirnya terpaksa menyerahkan empayar England kepada King Philip, pemerintah Perancis akibat isterinya, Isabella.

Perkara yang sama berulang 16 tahun kemudian apabila King henry III telah dikecam hebat oleh majlis gereja kerana terlalu mengikut telunjuk isterinya dan dikenakan excommunication ( hukuman pemulauan oleh majlis gereja ) sehingga rakyatnya sendiri mula bangkit membencinya.
Akibatnya pemerintahan monarki berada di bawah pantauan majlis Parlimen, detik awal campur tangan dan pengurangan kuasa diraja England.Ahh.. sungguh dia lupa tentang itu dan akhirnya kegagalan dia mengutip natijah yang terjadi, memerangkap dirinya sendiri.


* Katakanlah “ mahukah kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang rugi amalannya ~ iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya di dunia sedang mereka
menyangkakan bahawa mereka telah beramal sebaik-baiknya….”
( Al-Kahfi : 103, 104 )

* Pemuda bani israil yang sangat soleh dan menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan, kisahnya diceritakan oleh malaikat jibril kepada nabi S.A.W
Beberapa kali diraup kedua tangannya ke wajah, andai masa bisa diputur, takkan dibiarkan dirinya lalai hanya kerana kecantikan Farah, andai masa bisa diputar, akan di bimbingnya Farah menjadi isteri solehah. Dan jika masa bisa diputar pasti takkan dibiarkan empayar perniagaan papa yang meninggal dalam kemalangan helikopter di Brunei lebih dipentingkan dari ibadah pada tuhan yang memiliki seluruh kekayaan di langit dan dibumi.

Ahh..sungguh dia lalai,diuji sedikit kesibukan, dan diuji indahnya belaian, hingga dia lupa nilai sebuah keberkatan….air matanya mengalir dipipi, tumpahnya air mata lelaki dalam mencari keampunan tuhan….

Dingin malam mula membalut tubuhnya, matanya seolah minta ditutup segera, namun kantuknya cuba ditahan, sehinggalah pesan * Salman Al Farisi, memenuhi ruang ingatnya

“ tuhanmu ada hak keatasmu, badanmu ada hak keatasmu, isterimu ada hak keatasmu, maka berikanlah mereka haknya”

Pesanan ini di sampaikan kepada Abu Dardar apabila ada sahabat-sahabatnya tidak mahu tidur kerana hanya mahu beribadah, sedang islam itu tidak pernah menyusahkan umatnya, islam bukanlah agama yag ekstrem, islam agama yang seimbang.

Lalu matanya dipejam, sejadah dijadikan alasnya, zikir subhanallah semakin rancak dibibir, sehingga akhirnya dia terbatuk, dadanya terasa sejuk lantas dia bangun, perlahan matanya dibuka, dan saat itu, penglihatannya menangkap sesuatu.


* Salah seorang sahabat yang berasal dari keluarga bangsawan parsi yang menyembah api, yang diriwayatkan beliau adalah seorang perancang strategi perang yang sangat bijak antaranya dalam peperangan khandak ( perang parit )


Dari hujung matanya, dia melihat suatu lembaga sedang duduk di hujung katilnya , mengelus-ngelus biji tasbihnya, bibirnya yang basah itu seolah mengalun sesuatu, namun butirnya tidak kedengaran, kecut perutnya hanya tuhan yang tahu

“ Astagfirullahalazim…” makhluk apa pula tengah-tengah malam ni…kenapa pula aku boleh nampak ni..

“ Auzubillahissami’il a’lim, minassyaitonirrajim….” Aku berlindung dengan ALLAH yang maha mendengar lagi maha mengetahui, dari syaitan yang direjam….

Berkali-kali bacaan itu melompat keluar dari bibirnya, Ayat Qursi dari surah Al Baqarah ayat 225, dan ayat seribu dinar dibaca berulang-ulang kali namun makhluk itu masih disitu, masih seperti tadi mengelus biji tasbihnya, dan sesekali kedengaran suaranya yang lembut menyebut ALLAH…

Mungkin jin islam, fikirnya lantas dibiarkan saja, sejak mengikuti kuliah bersama Al Fadhil Dr Hj Harun Din di kampus dulu, memang dia tahu makluk jin ini seperti juga manusia, ada jin islam dan jin kafir, jin islam beribadah seperti manusia, malah Nabi Muhammmad S.A.W sendiri pernah mengimamkan sekumpulan jin islam yang singgah di masjidnya.

Enoch mula bertenang sedikit, selagi dia tak kacau aku, biarlah, mungkin jin ni tak sempat nak beli tasbih kot, jadi dia singgah pinjam tasbih aku…bersangka baik…


Jangan lupa memberikan sedikit komentar ye!!

This entry was posted on 1:33 PM and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 Komentar

Salam...
Haaa... Macam tau jer citer ni...
yang Xiao yu bukukan tu kan?
Huhuhu....
=)

salam...
syabas2, menarik2, semoga terus sukses.
dah keluar kat pasaran ke kak?

Post a Comment